Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.
Baru-baru ini saya ada menceritakan kisah Tok Ketua yang telah meninggalkan kami kerana menjawat jautan baru yang lebih tinggi.
Kini, kami telah mendapat Tok Ketua yang baru. Beliau telah melaporkan diri minggu lepas dan kami semua telah pun menghadiri satu mesyuarat khas dengannya Khamis lalu. Berkenalan dengan Tok Ketua yang masih agak muda (dalam lingkungan 40-an tu, kira mudalah bagi seorang Tok Ketua). Segala taklimat tentang arah tuju yang akan dibawanya diperjelas dalam pertemuan itu. Cara beliau memperkenalkan diri pada kami memang nampak sangat menarik, dan saya jangkakan tentu sahaja satu perubahan baru akan berlaku berdasarkan kepimpinan baru. Saya tak kisah sangat siapa pun yang menjadi ketua saya, dan saya yakin, jika kita menunaikan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin, walaupun ketua kita silih berganti, pasti kita tidak akan menghadapi masalah. Namun, jasa dan bimbingan setiap ketua tersebut memang amat dihargai.
Esok saya akan bertugas, jadi, pagi esok, perlu lebih awal sampai ke tempat bertugas. Malam ni, saya dah banyak merayau dari satu blog ke satu blog. Saya suka membaca blog teman-teman saya. Walaupun ada cerita seharian, namun salah satu cara saya memperluas pandangan dan mengutip banyak pengalaman. Hmmm, memang peribahasa mengatakan jauh perjalanan luas pandangan amat tepat. Walaupun kadang-kala saya tidak meninggalkan pesan @ komen, namun segala yang saya kutip daripada pembacaan saya membuatkan saya tahu bahawa kehidupan ini memang menarik.
Salam hormat buat semua…
salam kak long, kita kawann kannns.. ehehe
salam en_me…
ya, ya, ya….kita kawannnnn….
Kak Long… walaupun ketua sikit sebanyak menentukan hala tuju dalam sesuatu komuniti, tetapi sikap individu juga penting
Dalam organisasi, setiap individu punya tanggungjawab masing-masing. Kalau ada yang tak menunaikan tanggungjawab, pasti akan pincang.
kdg2 saya baca entry kawan2 tapi tak sempat nak komen kerana line intenet yg teruk di musim hujan ni :C hrp kaklong dan kawan2 bersedia utk berkerja dgn ketua baru
hmm…musim hujan, internet pun nak tidor…uhwaaa….
Terima kasih juliet!
Baris siap!
Assalamualaikum Mawar Merah. Namanya pun memang hebat. Di sebalik kelembutan ada ketegasannya. Baguslah kalau tampuk pemerintahan kat kawasan kampung juga ditukar kepada mereka yang lebih muda. Idea lebih bernas dan fresh berbanding orang lama. Salam perkenalan Mawar!
Waalaikumsalam…
Salam perkenalan…
Tampuk pemerintahan yang berdedikasi dan jujur sebagai pemimpin, tak kira tua atau muda memang diperlukan di mana-mana. Yang tua dan yang muda saling memerlukan. Pengalaman dan ilmu daripada yang tua amat perlu. Idea serta tenaga yang muda, juga boleh digunakan untuk memastikan negara kita maju dan sentosa.
Terima kasih sudi berkunjung…
selamat bekerja dengan tok ketua baru ye kak long:)
tak lama lagi cuti sekolah…yeayy:)
Dah mula kerja…rentak baru…
cuti sekolah….masih tak boleh cuti sepenuhnya.
setuju dgn kak long…bila kita baca pengalaman orang…ada panduan utk kite..n kite belajar dari pengalaman org len..ilmu berharga tu..
Ada pengalaman kita yang berbeza dan pembacaan itu pastinya mampu memberikan kita pengalaman yang menarik.
semoga tempat tok ketua baru membantu dalam kerjaya kak long.
Begitulah harapan Kak Long juga…doakan ya!