
Dah masuk tahun 1431H. Selamat Tahun Baru Buat Semua.
Selalunya, kalau Tahun Baru Masihi tu, bukan main meriah lagi. Di televisyen pula, macam-macam rancangan untuk meraikan Tahun Baru ada. Ucapan SMS pun sampai penuh ‘inbox’.
Berbeza dengan Tahun Baru Hijrah ni. Kadang-kadang macam hari-hari biasa je. Di televisyen pun, adalah sikit pengisiannya, tapi masih tak semeriah sambutan Tahun Baru Masihi. Kak Long pun sama, SMS ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah pun fikir kat siapa aku boleh hantar. Syukurlah kerana pada tahun ini, jika melihat panduan rancangan televisyen, ada siaran langsung sempena Tahun Baru Maal Hijrah ni dari Masjid Negara kalau tak silap.Nasib baik kat masjid tu ada buat sedikit sambutan, kalau tak, mesti Tahun Baru Hijrah ni berlalu begitu saja. (Kak Long mengata diri sendiri lah… Orang lain tu Kak Long fikir tentu lebih baik penghayatannya! )
Sebenarnya petang tadi, terfikir juga Kak Long apabila melihat sambutan kat masjid tu, boleh bilang berapa orang yang datang terutamanya pemuda dan para remaja. Memanglah kita ni kalau nak berdoa ke, pergi masjid ke, tak perlu hari-hari tertentu dan ada yang kata, kalau kita pergi masjid tu pun belum tentu kita lebih baik daripada yang tak pergi masjid. Kak Long setuju, tapi apalah salahnya kalau kita meraikan ketibaan tahun Baru Hijrah ni bersama-sama, beramai-ramai dengan pengisian yang bermakna. Kurang-kurangnya, teringat juga nak berdoa dan mana tahu, Tuhan bukakan hati kita untuk lebih menginsafi kelemahan dan kelalaian kita. Kalau Tahun Baru Masihi tu, ramai pula anak muda kita yang sanggup bersesak-sesak kat beberapa tempat yang tertentu, nak sambut Tahun Baru. Yang tak tahan tu, bila ramai betul pemuda pemudi yang membonceng motosikal menuju tempat-tempat peranginan atau tepi pantai sampai ada banyak perkara-perkara yang tak sewajarnya berlaku.
Namun Kak Long tahu, masih ramai yang sedar dan menghayati Tahun Baru Hijrah ini lebih daripada tahun-tahun sebelumnya. Syukur Alhamdulillah.
Assalamualaikum Mawar. Saya setuju dengan lontaran pendapat dari Mawar. Itulah kita, dari dulu telah ditanam bahawa kalendar tahun Masihi lebih penting. Sehingga skrg ini kita masih terus tidak mementingkan kalendar Islam yang jauh nilainya lebih mulia dan hebat berbanding kalendar masihi.
Sekarang ni, adalah sikit peningkatan dari dulu dan lebih ramai yang sedar. Tapi rasanya, patut lebih banyak didedahkan supaya semua umat Islam sedar dan menghayatinya.