Gadis Melayu tu siapa?

Posted By Mawar Merah on November 5, 2009

Selepas menonton Buliten Utama, televisyen, saya menukar siaraan TV ketika terjumpa satu siaran langsung sebuah rancangan TV realiti. Saya memang tidak pernah menonton siaran ini walaupun pernah membaca tentang rancangan ini. Namun ketika menontonnya sebentar, (secara jujurnya, tak sanggup nak tengok…) hati saya tertanya-tanya apakah kriteria pemilihan gadis Melayu ini? Saya tidak pasti bagaimanakah konsepnya. Namun, apa yang saya tonton malam ini, ialah peserta peringkat akhir rancangan Gadis Melayu ini membuat persembahan untuk menonjolkan keistimewaan masing-masing. Nampaknya selepas ini saya perlu selidik juga sedikit sebanyak konsep rancangan ini.

Mawar Merah – Cuma nak tanya, pada pendapat para pengunjung laman ini, ciri apa yang membolehkan kita mengenal seorang gadis Melayu? Maaf, bukan nak mengata, namun menyaksikan salah satu persembahan yang dilakukan, tiba-tiba sahaja, hati saya berasa ‘cuak’ dan tertanya-tanya tentang ciri sebenar seorang gadis Melayu. Ada sesiapa yang boleh tolong berikan pandangan?

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

22 Responses to “Gadis Melayu tu siapa?”

  1. Pocket says:

    pocket tengok!
    pocket tertengok actually,
    ada la satu awek ni menari zapin,
    dia pakai baju biru,
    seriously kalau nak kater awek melayu tu pemalu…
    abih dah malunyer… siap ada ‘shoulder flirting’ lg
    (Or what do u call the part where one girl would move her shoulder
    in a way to cores the mens chest)

    wow!! kalau gadis melayu ni jadi standard…
    pocket kena bagi generasi seterusnya belajar zapin!!
    (Tp have to admit suka tgk peserta tu mnari zapin^^)

    • Mawar Merah says:

      Pocket,
      Sebenarnya, salah satu tarian yang Kak Long suka tengok ialah tarian zapin. Bukan senang nak menarikannya.
      Apa yang kak long musykilkan ialah (pada pandangan kak long yang kurang arif ini), terdapat persembahan yang tidak seperti tidak kena dengan gelaran yang ingin dinobatkan itu…
      Kalau gelaran tu gelaran lain, mungkin Kak Long tak mahu ambil peduli sangat,

  2. Kujie says:

    Kita kena terima hakikat ciri-ciri melayu tu dah lama terhakis dalam diri KITA
    saya tak suka nak menyebut MEREKA kerana semuanya bermula dari diri KITA

    • Mawar Merah says:

      Kak Long setuju yang banyak ciri-ciri kemelayuan yang semakin terhakis daripada orang Melayu itu bermula daripada KITA dan menjadi tanggungjawab kita mempertahankannya.

      Dan jika ada rancangan sebegini, seharusnya pihak yang terlibat cuba memastikan bahawa setiap persembahan yang dipilih haruslah benar-benar boleh dikatakan ciri-ciri yang perlu dipertahankan dan dicontohi oleh gadis Melayu.

  3. denaihati says:

    diaorang ni fikir komersial @ DUIT je … baik masuk DapatWang.com lagi power ..heeee

  4. cheryna says:

    susah nak cakap. sha tgk rancangan nieh kadang2 macam rancangan lawatan sambil belajar pun ada, kak long. aritu dia konon nak ajar adab makan….tp style makan soup omputih. eh?

    *blur dengan objektif rancangan ni sebenarnya*

    • Mawar Merah says:

      sha,
      Kak Long tak mengikuti rancangan tu, tapi masa peringkat akhir yang disiarkan secara langsung tu Kak Long macam kata pocket, tertengok.
      Sebab tu Kak Long musykil dan ingin kepastian, kerana Kak Long sendiri kurang jelas dengan persembahan seorang dua peserta yang Kak Long fikir, agak janggal untuk ditonjolkan jika meneliti tajuknya itu.

  5. megat says:

    ntah lah kak. mungkin zaman sudah berubah. gadis melayu yang diagungkan orang dulu dan sekarang juga turut berbeza.

    cuma yang saya pasti ciri-ciri pilihan ayu, menghotmati, sopan santun tetap mainkan peranannya dari dulu hingga kini.

    tapi kalau dilihat dari realiti TV tersebut, saya tak rasa kriteria gadis melayu seperti digambarkan. lari tajuk maknanya (hu3)

    • Mawar Merah says:

      Megat,
      Zaman dah berubah, dunia dah maju. Namun Kak Long harap biar kemajuan itu tidak menuntut terlalu banyak perubahan ciri-ciri unik gadis Melayu.

  6. juliet says:

    mungkin rancangan ni kena tukar nama, pencarian gadis Malaysia kot.

    • Mawar Merah says:

      Iyalah Juliet….
      Kalau dilihat daripada konsep yang diketengahkan, mungkin pencarian Gadis Malaysia lebih sesuai. Tapi kita kena hantar email kat penerbit rancangan tu sebab beliau pastinya tak baca blog kak long……… (:

  7. Zymazara says:

    Sy malas nak ENTERTAIN program mcm tu,Kak Long.
    Takde ilmu yg berguna dlm program tu selain sekadar nak cari bakat2 baru utk ditayang muka tapi lepas tu ada scandal sana sini……
    Sy tgk Majalah 3…suka sgt.

    :)

  8. tak pernah berkesempatan utk menonton rancangan ‘gadis melayu’ ni dan tidak pernah terlintas teringin menontonnya.. rancangannya lebih menonjolkan kebolehan peserta atau aksi2 yg tidak sepatutnya ada pada ‘gadis melayu’ yg sebenarnya adalah pemalu & ayu gitu…

    • Mawar Merah says:

      Kak Long pun tertengok sebenarnya. Tapi pernah juga terbaca tentang rancangan ni. Cuma tak berkesempatan nak menonton. Masa rancangan akhir tu, bila tengok persembahan gadis yang menjadi finalis, itu yang cuak sikit tu!

  9. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Setiap benda yang dicipta tuhan di persekitaran kita adalah saling melengkapi untok menyempurnakan setiap kejadian supaya kita boleh berfikir, bukan sekadar untok mencemuh. Mencemuh bukan bermakna membina. Hanya mereka yang bersifat terpuji sahaja setiasa memuji setiap kejadian yang dicipta oleh tuhan untok membantunya memahami hakikat kejadian alam semesta. Dan hanya kaum jabariah sahajalah yang merasakan usahanya memberi bekas. Akhirnya, Pakcik mohon maaf jika kehadirah Pak cik kesini menyinggung perasaan kak Long, kerana Pakcik hanyalah seorang Dukun Asmara.

    Terima kaseh salam hormat.

    • Mawar Merah says:

      Waalaikum salam,
      Terima kasih masih sudi singgah dan memberikan pendapat di sini.

      Pakcikli,
      Saya berpendapat semua komen yang diberikan merupakan pandangan untuk melihat bahawa ciri-ciri gadis Melayu yang menjadi kebanggaan orang Melayu tetap utuh biarpun zaman berubah dan dunia semakin maju. Saya sendiripun tidak pernah berniat mencemuh usaha yang dilakukan lebih-lebih lagi keistimewaan ciptaan tuhan yang pelbagai.

      Saya amat menghargai pandangan pakcik dan mengakui bahawa setiap kita punya kelemahan dan keistimewaan masing-masing.

      Namun jika kita masih sayangkan nilai-nilai yang sememangnya unik yang sepatutnya dijadikan contoh, pastilah kita akan berasa musykil jika ada gadis Melayu yang bakal dinobatkan itu tidak mencerminkan ciri-ciri yang sepatutnya ada sesuai dengan tajuk rancangan yang saya pasti mempunyai objektif yang sangat jelas.

      Walau bagaimanapun, saya cuma berharap ada antara peserta tertentu yang sepatutnya lebih sensitif untuk menunjukkan ciri atau sifat yang memperlihatkan keperibadian orang Melayu itu sendiri, bukannya menonjolkan sesuatu yang lebih sinonim dengan ciri yang diambil daripada budaya asing. Lebih-lebih lagi jika diteliti tajuk program yang pastinya akan menjadi ikon gadis Melayu itu sendiri. Mahukah kita jika gadis-gadis Melayu mencontohi sesuatu yang bukan ciri dan keistimewaan yang diwarisi bukan daripada ciri-ciri kemelayuan itu sendiri?

      Maaf pakcik, saya cuma menyuarakan apa yang saya fikir dan harapkan terus kekal sebagai ciri istimewa kaum yang saya warisi ini.

      Wallahualam…

  10. anaklaut says:

    salam…

    terima kasih singgah anak laut…:)

  11. Tie says:

    Gadis Melayu yang sebenarnya amat pemalu………err………….macam Tie, waaakakakaa……….

    Jadi, sebagai gadis melayu yang pemalu, tak mungkin dia sanggup menayang muka (dan body) di tv tu….. Adoi laaa…………

  12. Assalamalaikum. Saya juga pernah terbaca isu ini di satu blog rakan cyber saya. Sememangnya kriteria pemilihan Gadis Melayu tidak ada relevannya langsung melainkan untuk mendapat keuntungan semata-mata. Bayangkanlah adakah gadis melayu seumpama yang ditayangkan di dalam realiti tv tersebut? tak perlu penelitian..pandangan kasar pun sudah boleh menilainya.