Keputusan PMR

Sekuntum mawar merah…

Eh, nak bagi calon-calon PMR yang berjaya dengan cemerlang esok termasuklah ibu bapa mereka sekali ke?

roses2

Hari ini ramai yang berdebar-debar terutamanya para ibu ( teringat pulak blogger popular tu yang sampai tercurah ajax fabulaso dalam mesin basuh….sabar Puan Kujie!). Calon-calon yang ambil peperiksaan PMR ni macam mana pula agaknya ya.

Hari ini lepas pening-pening lalat menghadap tulisan kecil besar, sengaja keluar kononnya nak merehatkan minda. Tapi di mana-mana penuh terutama para ibu bapa yang membawa anak-anak mereka membeli-belah dan makan-makan. Mungkin ada yang belanja anak-anak makan dulu….mesti yakin anak-anak dapat keputusan peperiksaan yang baik ni.

Saya teringat saudara terdekat, Pn. Aniza untuk bertanyakan khabar. Anaknya, Aqilah menduduki peperiksaan PMR tahun ni. Tapi nampaknya dia relax saja. Malahan mereka sekeluarga masih di Kelantan dan hanya akan pulang awal pagi esok. Katanya, walau apapun keputusan Aqilah, dia puas hati sebab Aqilah dah menunjukkan kesungguhan semasa membuat persediaan.  Semoga Aqilah berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Kepada semua calon peperiksaan PMR 2009, semoga berjaya…..

Esok saya tidak terlibat sebab sekolah saya tidak mempunyai pelajar menengah rendah…jadi, saya hanya akan menanti khabar teman-teman guru lain tentang kejayaan pelajar mereka.

Mawar Merah - Semoga banyak berita gembira esok biarpun saya masih tetap berperang dengan askara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “Keputusan PMR

  1. belanja dulu?
    nanti kalau skali anak tu gagal..
    ‘bak balik wit abah smlm!!’
    adalah amat lah jahat heheheh..

    budak sebelah umah nama jihan,
    akan amik result lah kot besok.
    harapnya dia cemerlang :D

  2. hahaha… Kak Long mengintip tweet ye?

    kelakar sungguh… sy nak letak soflan, cuci tuala, cuci cadar
    tertuang ajax fabulaso la pula..yg colour purple tu

    pagi dah tanya – kredit telefon ade?

    hahaha..mgkn tak pernah2 makbapa nak check kredit telefon anak

    bukan apa Kak Long, nak suruh dia telefon lepas dapat keputusan

  3. Yang penting anak-anak semuanya telah berusaha. Ehehehe… mentang-mentang anak2 Tie tak ada exam tahun ni, tu yang rasa cool je, hi hi..

  4. yg pertama sekali nk ucap terima kasih atas komen anda..hehe..
    tahniah juga wat yg berjaya dalam PMR..
    tapi tak berapa terasa kehangatannya kerana takde adik yang amik..
    next year baru ada….
    whose masa PMR blh dikatakan berjaya..tapi mgkn terbuai2 dgn angan2 sehingga SPM hancuz…wawawa….

    • Ramai juga pelajar yang cemerlang dalam PMR tidak meneruskan kecemerlangan mereka itu terutama bila anggap Tingkatan 4 tahun ‘berbulan madu di atas pelangi’. Tapi tak mengapa, kejayaan pasti ada pada mereka yang mahu mengecapinya.
      Semoga berjaya!

    • Tahniah!
      Alhamdulillah…
      Biasanya memang trial kurang menyerlah daripada yang sebenar.
      Kak Long tumpang gembira dengan kejayaan itu.
      Dah sedia hadiah istimewa tentunya..