Kaca Rasa
Posted By Mawar Merah on December 12, 2009
Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, telah hampir memasuki pertengahan bulan Disember. Bermakna, cuti saya juga hampir berakhir. Kalau nak diikutkan, sebenarnya cuti bagi Kak Long hanya seminggu yang awal tu saja. Selepas itu, penuh dengan kesibukan tugasan rasmi dan separuh rasmi.
Ramai orang kata jadi guru ni seronok, banyak cuti. Hahaha….betul ke banyak cuti? Memang betul, cutinya banyak. Tapi, bukan untuk semua. Tambahan pula tahun ni peperiksaan SPM dan cuti sekolah lebih lewat. Makan hari-hari untuk menganyam mimpi indah dalam masa cuti hanya tinggal impian. Macam Tok Ketua sekolah Kak Long kata, cuti sekolah bukan sebenar-benar waktu cuti untuk para guru kerana cikgu-cikgu cuma bercuti daripada mengajar sahaja. Tugas-tugas lain tetap berjalan sepanjang tahun. Dan bagi Kak Long dalam beberapa hari sahaja lagi tugas yang lebih besar (kerana memerlukan komitmen dan konsentrasi yang agak lumayan) telah sedia menanti. Kwang! Kwang! Kwang!
Sudah beberapa hari Kak Long tidak dapat bersantai dalam dunia blog yang masih meriah bagi orang lain. Dan selepas ini, mungkin Kak Long terpaksa menyepikan diri untuk jangka masa lebih lama iaitu sehingga akhir tahun. Kak Long terharu sebab walaupun Kak Long sendiri dah lama tak menjengukkan diri di blog dan membalas komen serta berkunjung ke blog teman-teman, namun masih ada juga yang sudi menjenguk Kak Long di sini. Budi baik dan ingatan kalian amat kak Long hargai. Maka, kak Long tetap akan cuba memboloskan diri daripada tugasan untuk tetap bersama di dunia blog bersama teman-teman semua walaupun mungkin sebagai ’silent reader’ buat sementara waktu.
Sampai jumpa lagi, maaf sebab kurang arif dalam mengatur waktu cuti kali ini yang entah mengapa, terlalu sesak rasanya dengan pelbagai tugasan.


Alaaa… Kak Long… tak pe laa……..
Kalau dah sibuk dengan tugas, nak buat macam mana. Kami semua blogging ni pun kerana ada masa terluang. Kalau sibuk, tentu menyepi je…
Semoga tetap ceria !
Kak Long…walau sibuk mcm mana sekali pun jejari ni tetap akan buka internet dan baca blog kwn2, cumanya NO KOMEN heheheee :p
ini putaran hidup kak long, kami pun tak pasti mcm mana esok lusa…