Kita dan tanggungjawab
Posted By Mawar Merah on April 30, 2009
30 APRIL 2009
Sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda? Hari ini hari terakhir untuk mengisi borang cukai pendapatan bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan.
He..he, sebenarnya, malam semalam sewaktu nak pergi membeli-belah, lalu di depan bangunan LHDN. Nampak banyak kereta yang parking di kawasan tu. Kelihatan daripada luar cermin bangunan tu nak kata ramai sangat, tak lah juga. Mungkin ramai yang dah siap isi borang cukai pendapatan sejak awal-awal lagi. Dengar cerita beberapa hari terakhir ni, LHDN buka kaunter sampai pukul 10 malam. Bukan nak mengata, tapi mungkin kerana kesibukan yang melampau setiap hari dan dah jadi amalan, ramai yang sengaja tunggu saat akhir nak isi borang cukai pendapatan ni. Mungkin kerana keseronokan bersesak-sesak untuk isi borang ni yang membuatkan ramai yang bertangguh sehingga ke hari-hari terakhir. Khabarnya, talian LHDN pun mengalami kesesakan
lalu-lintas. Mungkin sebab dah semakin ramai yang celik IT. Biarpun hari ini masih ada yang kelam-kabut nak isi borang cukai pendapatan tapi, tak apalah…… Daripada tak ada, baiklah ada, walaupun pada saat-saat genting. Selamat menunaikan tugas sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab.Bagi yang belum, cepat! cepat! cepat! Berkunjunglah ke pejabat LHDN yang berhampiran atau ke laman rasminya.



Ha ha…..kak tie kerja kat rumah je…
Nanti nak gi tanya cik abang tu… rasa2nya dia potong gaji kot…
Wah seronoklah Kak Tie tak payah sibuk2 isi borang…
Nak ingatkan cik abang ke? Haah manalah tahu takut terlepas pandang kan…
hal ni aku tak masuk campur..
belum layak lagi..
hik hik hik..
kak long,
jom la gi jco donut!!!!!
kts, ooo suka hati tak yah isi borang & bayar cukai yea!!! Tak pe, tak pe..nanti bila ko dah layak, jangan buat-buat lupa okay?
Ni ko nak cukai kak long Jco donut pulak ke???? Donut ko yang 6 ketul tu dah habis ko makan ke?