Petang tadi sekolah Kak Long dah mengadakan latihan terakhir merangkap pertandingan percubaan merentas desa sebelum acara merentas desa sebenar bermula. Seronok juga, ada juga cikgu-cikgi yang tumpang sekaki merentas desa bersama pelajar.
Esok kami balik awal sebab pelajar akan pulang ke rumah untuk bercuti sehingga hari Selasa. Pada hari Rabu, pertandingan merentas desa akan diadakan. Bimbang juga kalau pelajar sambung cuti sendiri, pastilah acara sebenar nanti tak semeriah hari ini.
dolu2 maza kena paksa merentas desa.. banyak berjalan dari belari.. hehehe
lagipun bab2 sukan lari2 ini, maza memang kurang minat amat sangat..
tapi kalau main bola atau hoki no hal..
pelik kan? tapi benar! hehehhehe
Kak Long tahu kenapa maza tak suka acara merentas desa…
Kemungkinan pertama:
Dah selalu lalu kawasan tu, tak ada thrill.
Kemungkinan Kedua:
Kalau merentas desa, tak ada orang boleh tolong larikan. Tapi kalau main bola atau hoki, maza suka sebab kalau malas nak kejar, ada orang lain tolong kejarkan….
Betul tak???
salam jumaat,