Cuaca Panas dan Hati Panas ada kena-mengena ke?

Posted By Mawar Merah on February 4, 2010

Beberapa hari ini, cuaca memang sangat panas. Kena minum banyak air untuk mengelakkan diri daripada penyakit yang pasti sahaja mudah menjengok pada musim-musim sebegini, terutama sakit tekak. Dalam hati kecil saya pun panas juga sebab petang tadi rasa tidak puas hati yang dah lama bersarang setiap kali mengendalikan aktiviti ko-kurikulum terutama badan beruniform menyerang semula. Hehehe…
Di tengah matahari yang panas terik,  saya memerhatikan di sana-sini, hanyalah barisan pelajar yang sedang berbaris dan melakukan aktiviti kawad kaki. Jika aktiviti ini dijalankan sekali sekala, saya memang boleh menerimanya. Namun, apa yang saya perhatikan kegiatan kawad-kaki ini bagaikan aktiviti utama dalam unit beruniform yang seperti tidak punya aktiviti lain.

03022010305

Saya pernah suarakan hal ini dan, hari ini bahangnya terasa kembali. Saya tahu, aktiviti berkawad memang mampu membentuk disiplin pelajar serta dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar, namun banyak lagi aktiviti  dalam kegiatan Badan Beruniform ini yang perlu diperkenalkan dan dilakukan oleh pelajar. Jika setiap kali pertemuan untuk unit Badan Beruniform hanya untuk berkawad, lebih baik kegiatan ko-kurikulum ditukar kepada kegiatan kawad-kaki. Kalau setiap unit hanya mementingkan kemahiran berkawad, apa lagi pengalaman yang mampu mereka kutip sepanjang menyertai badan beruniform tersebut.
Dan banyak kali tanya dan suarakan, tapi pi mai, pi mai tang tu jugak. Alasannya, sebab setiap unit beruniform di sekolah kami diwajibkan menyertai pertandingan kawad-kaki yang saban tahun menaikkan nama sekolah. Jadi diam ajelah…lagipun, dah musim panas, kena kurangkan bersuara.
Mawar MerahJangan biarkan diri anda diselubungi PANAS!
Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

6 Responses to “Cuaca Panas dan Hati Panas ada kena-mengena ke?”

  1. Aktiviti ko-ko masih tak berubah yer Kak Long, asyik berkawad ja. Agaknya bila dah terbiasa, orang jadi malas nak fikirkan benda baru. Dan lagi bila lah agaknya pertandingan tu -tidak melihat kawad sahaja yg utama, tapi aspek lain jugak.

    Jangan panas2 yer Kak Long.

    p/s: Iza kat sini sejuk, malam2 suhu boleh turun sekitar 18 darjah. Dengan angin bertiup, cukup buat menggigil hehe. Tapi Iza duk dalam umah jer, tapi dalam umah pun menggigil jugak sebab econ 24 jam huhu.

    • Kak Long says:

      Hahaha…….bagus juga musim dingin, kalau tak kat sana mesti panas kering.
      Jangan risau,
      Dah sejuk Iza, sebab kat bilik guru econnya sejuk macam dalam peti ais.

  2. tB says:

    sungguh panas,

    salamm,

    • Kak Long says:

      Salamm,
      Panas dingin, sudah lumrah alam.

      p/s Dah beberapa kali ke blog tb, tapi kami yang guna self hosting ni tak boleh tinggal jejak kan!

  3. Kujie says:

    Biasalah Kak LOng – kalau tak menonjol, nanti kena ‘tanya’ dengan PPD pula
    kalau satu2 sekolah ada satu2 perkara yang menonjol, itulah yang akan dikerah semaksimumnya….abaikan matlamat utama – NAMA mesti dikejar dulu.

    Kak Long jangan panas lama-lama…. nanti keluar api macam naga !

    • Kak Long says:

      Bukan apa, kasihan Kak Long tengok pelajar-pelajar tu.

      Kak Long cuba letakkan diri pada tempat mereka, mesti bosan bila asyik disuruh berkawad. kalau masa mula-mula tu mungkin seronok, tapi kalau asyik2 yang itu aje, cubalah bayangkan….

      Teringat pula masa sekolah dulu, memang aktif dalam kelab dan badan beruniform.
      Memang ada berkawad, tapi bukanlah sepanjang tahun.
      Seronok sebab banyak aktivitinya yang menarik.

      p/s Puas pegawai bomba tu datang bawak air siram api…hikhikhik