Bakal YB

Semalam hari terakhir Peperiksaan Semester 2 @ Peperiksaan Akhir Tahun.

Sekarang cikgu-cikgu sedang bertungkus-lumus menyiapkan markah. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 sudah berdendang sayang sebaik sahaja kertas terakhir dikutip semalam. Kami yang menurut perintah ini telah sibuk menyediakan aktiviti untuk pelajar-pelajar yang telah selesai peperiksaan. Selain daripada sibuk mengumpulkan dan membahagikan buku teks untuk pelajar, sempat juga mencari bakal-bakal Yang Berhormat.

pembangkangPertandingan Perbahasan Ala Parlimen

jabal

Gaya dan bakat terserlah ketika menyampaikan hujah

amalina

hakim

Teman-temanku, Yang Arif Tuan Hakim sedang tekun memberikan markah.

Calon-calon peperiksaan SPM pastinya sedang berdebar-debar menanti hari esokĀ  yang pastinya sedikit-sebanyak bakal menentukan masa depan mereka dalam bidang akademik. Tentunya emak dan ayah juga ada yang lebih kuat debaran dan keresahannya berbanding anak-anak dan tak kurang juga yang sanggup mengambil cuti sepanjang anak mereka menduduki peperiksaan.

Hari ini tadi pengawas peperiksaan telah bermesyuarat dan melawat kawasan untuk memastikan semuanya berjalan lancar esok. Kepada semua calon SPM, selamat menjawap soalan yang diberi. Tidur awal malam ini dan berdoalah agar segala usaha anda akan dikurniai hasil yang baik. Semoga dapat menjawapnya dengan tenang dan baik. Insya Allah, doa ibu bapa dan guru-guru tetap bersama anda.

Mawar Merah – Turut sama berkongsi dag-dig-dug. Rasa nak mengalir air mata bila pelajar-pelajar datang cium tangan dan minta halalkan ilmu. Tak perlu dimintapun memang cikgu dah halalkan dan hanya doa restu yang mengiringi anda di dewan peperiksaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 thoughts on “Bakal YB

  1. betul lah kak, mereka perlu diasuh mengenai public speaking. saya sendiri dulu pemalu dan tidak yakin pada diri sendiri sehingga habis sekolah.

    terpaksa belajar sendiri dan mencari maklumat tertentu mengenai public speaking. hasilnya amat memberangsangkan bukan pada public speaking tapi keyakinan diri juga.

    mudah-mudahan apa yang dikongsi ilmu mendapat lebih barakah pada kak long ;)

  2. ader plak dok gi salam ngan cikgu mintak halalkan ilmu yek?
    zaman pocket dulu tak der la plak.. but then again my time
    was back in those days when P Ramlee was still alive and
    acting, (u know this is a lie …)

    zaman kitorang just nak gi mintak mahap kalau terkurang hajar
    kat cikgu n basically may cause the SPM result be affected
    by the whole cikgu tak berkat thing.

    ma anyway, besok SPM..caiyok caiyok!! ada yg sempat blogging
    tak? :)

    So… apa tajuk untuk perbahasan kali ni?

  3. it’s good that students are exposed with public speaking..nanti dah masuk ipt tak la tergagap-gagap cakap kat depan public..tapi macam ne nak hilangkan nervous bila wat public speaking kak ye..?

  4. Public speaking … Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    Guru yang ikhlas begitulah, bukan setakat mengajar malah mendoakan lagi murid-muridnya.

    Salam Kak Long :)