Api yang membakar
Posted By Mawar Merah on October 8, 2009

Sumber gambar: google
Semalam peperiksaan PMR telah bermula. Walaupun sekolah saya tidak terlibat dengan pelajar yang menduduki peperiksaan PMR, namun sebagai orang yang terlibat dalam bidang pendidikan, saya masih mengikuti perkembangan tersebut.
Apabila saya mendengar berita tentang dewan yang sepatutnya menjadi dewan peperiksaan di sebuah sekolah menengah di negeri Johor, terbakar angkara perbuatan khianat, terus saya mengucap panjang. Apalah agaknya kesalahan dewan tersebut ya, sehingga dibakar dan mengakibatkan kerugiandianggar RM20 ribu? Kes itu sedang disiasat, namun ada yang mengatakan bahawa berkemungkinan bahawa ia dibakar oleh seorang pelajar. Entah apalah yang ada dalam fikirannya sewaktu dia melakukan perbuatan itu. Laporan mengatakan bahawa pelaku tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah. Jikalah benar, mengapakah individu itu membiarkan api kemarahan yang ada dalam diri diterjemah menjadi api yang membakar dewan tersebut?
Walaupun bukan pertama kali berlaku kejadian seumpama ini yang merosakkan bangunan sekolah, namun kes membakar dewan pada pagi sebelum peperiksaan bermula, memang mengecewakan. Kesihan pada pelajar yang menduduki peperiksaan di sekolah itu. Sudahlah tentu berdebar-debar untuk menghadapi peperiksaan, terpaksa pula menduduki di bilik kuarantin yang pastinya kurang selesa berbanding dengan dewan yangmempunyai kemudahan dan keselesaan yang lebih baik.
Semoga individu yang melakukan perbuatan itu akan insaf manakala diharapkan kejadian ini tidak menjejaskan prestasi dan tumpuan pelajar yang menduduki peperiksaan PMR di sekolah tersebut.


Salam kak long…
Tahniah, rumah baru, hehe..
Mula2 Tie ingat kaklong nak pindah rumah baru betul2… rupa2nya blog baru,
Waaa….makin canggih laa….
Budak2 sekarang, terlalu beranilah kaklong. Mak bapak nak didik pun susah. Pengaruh luar lagi. Tie sendiri ada anak remaja. Cara mereka berfikir tak sama dengan kita dulu.
Terima kasih Tie, sudi berkunjung ke rumah baru Kak Long ni.
Hehehe…..
Kak Long baru je siapkan pengumuman rasmi tu, chey wah!
Banyak kisah ngeri yang kadang2 tak terjangkau akal kita kak long ttg murid2 sekarang..
Begitulah Kujie, kalau dah emosi menguasi akal fikiran.