Kepada pelajar yang telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat untuk memohon menyambung pembelajaran ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) perlu mengambil perhatian bahawa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk membuat permohonan bagi sesi pengambilan tahun 2012.
Syarat-syarat Umum:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
- Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepa snya.
- Sihat tubuh badan dan se suai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, ken cing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
- Tidak rabun warna bagi semua pro gram Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.
Cara Memohon:
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pendidikan Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
- Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
- Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.
- Jangan terlewat dan boleh klik SINI untuk melihat syarat-syarat atau mengisi borang permohonan di SINI.
- SEMOGA BERJAYA!


mana2 yang layak dan berminat tu, elok la mohon dan uruskan segera
tehr recently posted..Kashiwa Kalah 3-1
aku dah tak layak walaupun berminat. Huhu.
titan recently posted..Central South Mariner menang tipis
Tahniah kpd yg berjaya
Selepas mengambil keputusan SRP teringin benar hendak masuk sekolah Vokasional untuk melanjutkan pelajaran didalam pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik tetapi tidak kesampaian. Nasib baiklah diterima mengambil pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik serta Elektronik Perubatan selepas SPM walaupun saya ini aliran Sastera.
Saya menyokong inisiatif kerajaan membenarkan kursus kemahiran diajar diperingkat sekolah dan ia bakal melahirkan pelajar lepasan SPM yang mempunyai 2 sijil iaitu sijil SPM dan sijil Kemahiran. Mereka ini masih layak untuk melanjutkan ke peringkat diploma dan seterusnya. Ia seiring visi kerajaan melahirkan tenaga mahir berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi.
akubiomed recently posted..Bila serba tak menjadi
Pingback: Laman Aplikasi Online Permohonan ke SM Teknik / SM Vokasional kenapa? | Mawar Merah
hi how can i get job