Yee Sang
Posted By Mawar Merah on February 23, 2010
Hari ini hari ke-7 Tahun Baru Cina. Biasanya pada hari ke-7 selepas Tahun Baru Yee Sang, rakan saya yang menyambut Tahun Baru Cina akan mengadakan satu upacara di Bilik Staff. Pada tahun ini, disebabkan kesibukan yang melampau, maka aktiviti tersebut ditangguhkan.
Melambung yee sang merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Yusheng, yee sang atau yuu sahng merupakan sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Ramuan-ramuan yang biasa digunakan termasuklah ikan salmon segar, lobak putih, lobak merah, halia, parsli Cina, potongan kacang tanah atau kacang tumbuk, biji bijan bakar, udang kering goreng, salad dan potongan atau hirisan mangga. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum dan kadang-kala dicampur jus lemon.
Walaupun ramuan Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur pelbagai salad atau sayur-sayuran yang dicurahkan sos plum dan digaul bersama-sama, namun jika dilakukan di sekolah kami, biasanya tiada potongan ikan kerana ada antara rakan-rakan yang merupakan ‘vegetarian”.
Menurut penerangan kawan saya, Yee Sang dilakukan oleh kaum cina terutama orang yang terlibat dalam perniagaan sebagai satu cara memotivasi diri atau mebina keyakinan diri untuk mengharapkan melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
kredit sumber: - http://wikipedia.org dan penerangan daripada Miss Kan.


Bila Kak Long nak beryee sang dgn kita orang pula?
Nanti Kak Long menuntut dulu buat yee sang ni.
Kalau tak buat malu je kat Kujie.
Kalau kat tepi pantai PD ber Yee Sang best gak tu!
Tie selalu tengok dalam tv…
Yang dalam TV tu, gaya ahli perniagaan jemput pembesar-pembesar…
Yang dalam gambar Kak Long tu, gambar Yee Sang yang kawan-kawan Kak Long buat tahun lepas.
Kak Long tukang ambik gambar dan makan jer..
Tengok dari segi ramuan tu, tatau lah Iza boleh makan tak, Iza ni kuno sikit bab makan. Kalau yg tak biasa tu tak reti nak makan, nak explore hihi
Ha ah lah, duk tunggu undangan yee sang Kak Long ni
Iza,
Kalau ada hirisan ikan salamon tu, rasa dia agak hanyir sikit. Tapi kalau dah diperah jus lemon, erm….sedap.
Cuma kat sini, kita orang tak masukkan ikan, cuma sayur-sayur dan buah-buahan aje. Sedap tau!
Ha ah…nanti kalau nak ber Yee Sang, boleh jer…
salam kenal.
Dah lama tak makan yee sang ni sejak berhenti dari sykt kulit kerang dua tahun lepas huhuhu
Salam…
Dah lama tu…
Mesti rindu nak makan Yee Sang nih!
katanya yeesang ni tak der kat tanah besar,
which is the origin of the whole tradition supposedly,
sama cam tak der nyer roti canai kat india and…
tak der nyer sirap bandung kat Bandung(Indonesia)
btul ker?
so chinese kita jer yg rajin wat sndiri ?
anyway.. pocket tak pernah makan lg nih:D
nak kena tanya la kat kengkawan suruh sesapa wat
Kak Long pernah baca yang yee sang ni direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu iaitu ketika Dinasti Song dan cuma diperkenalkan di Malaysia pada awal 50-an.
Kalau pakat buat yee sang ni memang elok ramai-ramai, sorang nak hiris lobak merah, sorang nak hiris lobak putih, salad dll….
Pocket nak buat yang mana?
wow! lambang kesuburan.. hehehhe
agak2nya kalau maza lambung tinggi2 yee sang tu, ada harapan tak dapat anak perempuan lepas ni?
hehehhehe
Orang cina biasanya akan melambung yee sang dengan chopstick!
Apa kata, kalau maza lambung tinggi-tinggi sampai atas atap, mungkin boleh dapat 3 orang anak perempuan sekali gus!
lama tak makan yee sang sejak berhenti keje…dulu ber’yeesang’ dah macam jadi tradisi…almaklumlah staff 1malaysia, semua kaum ada…
Kalau ada staff 1Malaysia, tentu kenal yee sang ni.