Masuk kandang lembu, mooo…

Dalam subjek Bahasa Melayu Kertas 2, ada soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa tentang peribahasa.

Biarpun pelajar telah mula diperkenalkan tentang peribahasa ini bermula daripada sekolah rendah, malangnya, kebanyakan pelajar masih kurang pasti tentang peribahasa yang patut digunakan.

Pada suatu hari ketika sedang menerangkan tentang sesuatu, maka Kak Long cuba meminta pelajar menyambung peribahasa yang pada pendapat Kak Long memang kerap digunakan ini.

“Masuk kandang ………………..”

Malangnya rata-rata jawapan yang diterima ialah:-

“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengaum.”

000a052sLPd(Aduhai, siapalah yang nak masuk kandang harimau tu ya?)

Sebenarnya, ada seseorang pemeriksa kertas Bahasa Melayu pernah menceritakan bahawa semasa soalan ini keluar dalam peperiksaan SPM, ramai calon yang menjawab….

“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang lembu mengembu.”

dan yang paling tak masuk akal…

“Masuk kandang lembu, mooo, masuk kandang kambing, mbekk…..”


Mawar Merah – Aduhai, bahasaku……. Aduhai, diriku  sebagai guru!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Masuk kandang lembu, mooo…

  1. 1st time here..
    klakar pulak bbdak nih.. satu satu sudut la.. lagi satu sudut lagi, mmg sedih rasanya.. tapi sekarang ni mmg pepatah/peribahasa ni dah jarang digunakan, apatah lagi di kalangan remaja2…

    • Terima kasih singgah.
      Memang kelakar, nak gelak pun ada.
      Tapi kalau dalam periksa SPM jawab macam ni, dah tak jadi kelakar dah..
      jadi air mata pulak bila tengok keputusan.
      Nak buat macam mana, sekarang ni memang jarang peribahasa digunakan.

  2. “Masuk kandang lembu, mooo, masuk kandang kambing, mbekk…..”
    Praktikal sungguh depa ni, tapi tu laa, sedih gak bila fikir 2x.

    Yg cakap masuk kandang harimau mengaum tu pernah kerja part time kat zoo kot Kak Long hu hu hu :D

  3. Kak Long nak masuk kandang mana pula ni..ishhh..budak2 skrg..kandang pun tak pernah nengok….. ayam itik lembu kerbau tengok dalam tv je

    • Kat Melaka ada satu tempat nama Kandang. Pergi situ je dah lah.
      Betullah tu Kujie, tak boleh nak salahkan mereka.
      Cikgu kena bagi banyak latihan peribahasa ni…

  4. wakakakak…

    nasib baik dia org tak betah.. heheheh

    kot2 budak2 tu cakap, zaman skrg mana ada tu semua…zaman dah berubah, dunia dah maju.. hehehhe

    rasanya peribahasa kena alami proses evolusi juga lah..
    mungkin peribahasa sekarang lebih sesuai berbunyi,

    “Masuk kedai mamak, teh tarik wanney, masuk restoran McD, Burger Prosperity satu!”

    wakakaka

    • wakaka…
      memang zaman dah berubah, dunia dah maju.

      memang wajar jika kita berubah kepada yang lebih baik….
      Tapi sayang sungguh, kalau warisan kita yang unik tu tak dijaga dan dipertahankan.

      Memang praktikal! Masuk kedai mamak pekena teh tarik….