Petang tadi, semasa memandu saya terdengar sebuah iklan yang dijayakan oleh Dr Fazli. Dalam iklan tersebut ada dialog yang menyatakan bahawa, kita boleh memandang belakang tetapi kita tidak boleh berfikir ke belakang.
Saya setuju dengan kata-kata itu kerana tidak ada salahnya memandang ke belakang kerana memandang ke belakang membolehkan kita mengambil iktibar daripada sesuatu yang telah berlaku dalam hidup kita ini. Hal demikian merupakan salah satu cara untuk memperbaiki kesalahan yang pernah kita lakukan dalam kehidupan ini. Sesuatu yang telah berlaku boleh dijadikan panduan untuk mendorong kita melakukan sesuatu yang lebih baik daripada sekarang. Relatifnya, di sekolah, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran yang sangat penting. Walaupun ada yang bersungut bahawa tidak ada gunanya mengetahui perkara yang sudah lama berlaku, namun sebenarnya “Sejarah mengajar kita….”
Kita belajar sejarah bukan hanya untuk mengingati tarikh sesuatu kejadian. Bukan juga untuk mengetahui siapa terlibat dan bila sesuatu peristiwa berlaku. Mempelajari sejarah mempunyai makna lebih daripada hal itu. Kita perlu mengkaji dan meneliti sejarah supaya kita boleh menjadikan sejarah sebagai benteng daripada mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang yang pernah hidup terdahulu daripada kita dan menjadikan segala kemaslahatan sebagai sesuatu untuk diikuti dan dicontohi.
Setiap sesuatu dalam alam ini boleh dijadikan guru buat kita. Setitik dijadikan lautan, sekepal dijadikan gunung. Kita perlu memandang ke belakang, tetapi tidak boleh berfikir ke belakang………
p/s Walaupun kita boleh memandang ke belakang, langkah mesti terus ke depan …………. (namun perlu hati-hati jangan sampai terlanggar tiang ya!)
bole x saya aplikasi x slh memandang belakang semasa memandu?hehe..mksdnye cmtu la..susah juga klu asik pndg ke hdpan tanpa mengmbil kira pengalaman dan pengajaran yg lepas2..
bkn tiang kt depan tu,tu polis buat roadblock..hati2..hehe
Tentu je boleh kalau nak reverse………
haha….semalam, masa polis buat road block selepas tol, kak long nampak sekumpulan penunggang motosikal undur ke belakang…..agaknya mereka amalkan prinsip ni ke?
Sangat merbahaya, kalau pandang belakan untuk tujuan gitu….
Terimaaaa kaasiiihhhhhh Cikguuuuuu!!!
Teriiimaaaaa kaaaasiiihhhhhh cikguuuuuuu!!!!
Terima kasih kembali………
Wink! Wink!
i love history subjects…as early as the first day in school….
sometimes we need look behind to begin a new step… & to motivate our self whilst we are in ‘out of blues’.. huhuhu
aikkk….masa sekolah rendah mana ada subjek sejarah???
Waa…sangat betul tu maza….
zaman maza ada….(back year 1980′s)
sejarah had been tougt since standard 4.. huhuhu
ooo…..baru teringat
Ooo….faham tu… Ingat takut tengok hantu, tadi, ekekeke……….
alamak, motivasi ala-ala cerita seram gitu!