Kaduk Naik Junjung : Serupa tapi tak sama

Posted By Mawar Merah on November 16, 2009

Daun kaduk atau nama Saintifiknya Piper Sarmentosum merupakan sejenis tumbuhan yang rupanya seakan daun sirih. Ia merupakan sejenis daun herba yang hidup tumbuh di kawasan redup antara pokok-pokok rendang. Daun Kasuk ini merupakan herba yang memang berasal dari Malaysia, Borneo dan Indonesia.

Sukar juga nak membezakannya kecuali rasa dan bau.  Kalau dilihat rupa, seakan sama. Daun kaduk rasanya pahit sedikit, kepedasan dan jika daun itu dikoyakkan ataupun digosok, daun ini akan mengeluarkan aroma herba Kaduk sebenarnya merupakan sejenis herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok rendang.

Daun kaduk kaya dengan vitamin dan mineral dan ia merupakan sumber yang baik untuk  antioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

Daun kaduk ini, jika dimakan bersama pencicah seperti sambal, budu ataupun cencalok akan menjadi ulam apabila dicampurkan dengan sayuran tertentu. Daun kaduk digunakan sebagai resepi nasi ulam. Jika memasak gulai tempoyak, daun kaduk juga dicampurkan sebagai satu bahan pucuk yang dihiris bersama pucuk lain. Sesetengah orang menggunakannya untuk bahan laksa dan daun kaduk juga dapat menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging. Justeru, daun ini boleh digunakan untuk dimasukkan ke dalam sup yang jernih.

daun-kaduk

http://www.earthcare.com.au

Sumber:

http://www.asiafood.org

Mawar Merah : Maaflah belakangan ini asyik cerita pasal Kaduk. Jiwa sedikit kacau dengan perangai kaduk yang naik junjung. Saya perlu terima hakikat bahawa kaduk memang dah begitu rasminya. Justeru, daripada memikirkan kekesalan saya terhadap kaduk yang bukannya Pak Kaduk,  dan akan membuatkan saya sebagai manusia biasa marah tak tentu pasal, lebih baik berfikir secara positif bahawa kaduk juga sebenarnya ada kegunaannya.

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

17 Responses to “Kaduk Naik Junjung : Serupa tapi tak sama”

  1. cheryna says:

    ramai org macam nieh sekarang kak long. tp dia takkan sedar. sampailah dah jadi kat dia. ada jugak sha pernah jumpa tak sedar sampai ke tua dan mati.

    ceria!

    hari nieh isnin.

    • Mawar Merah says:

      Memang tahu yang sekarang ni banyak spesis kaduk di muka bumi ini.
      Tak mengapa, yang penting kita dah tahu yang bangsa kaduk ini memang begitu. Biarpun selama ini, kita selalu berprasangka baik dan cuba untuk tidak membeza-bezakan spesis kaduk dan sirih.

      Dan hari Isnin perlu dilalui dengan ceria dan bersemangat!

  2. Huhu cara yang baik mengurangkan stress. Fikir yang baik2.
    Tapi kaduk kaduk lah jua, orang tak amek buat hantaran.
    Kambing memang suka makan kaduk huhu. Apa kaitan ntah ler tetiba masuk kambing kat sini hahaha.

    Salam ceria Kak Long :)

    • Mawar Merah says:

      Memang kita tak perlu layan sangat stress kan Iza? Yang penting kita tahu bahawa kaduk dan sirih ada perbezaannya.
      Kambing suka makan kaduk aje ke?
      Sireh, kambing tu tak suka ke?
      Bila baca komen kawan-kawan kat blog, terus stress hilang melayang-layang.
      Rasa nak ketawa guling-guling….hahaha

  3. Zymazara says:

    sabau je la,Kak Long.
    Huhuhu…

    :) Kaduk bagus utk AWET MUDA BELIA…

  4. megat says:

    tetiba rasa nak cari daun kaduk. kena pulak cicah budu atau sambal belacan (hu3). kecur dah ni

  5. Tie says:

    Mentua Tie suka guna daun kadok ni dalam masakan. Tie tak berapa gemar, baunya semacam, hehe…

    Napa kak long ? Sensitip je…. biasalah, adat dunia….kekadang nak jugak merasa walaupun tak layak. Kita yang faham ni kena sabor je laa… …..harap2 suatu hari dia akan sedar.

    • Mawar Merah says:

      Hehehe..kalau ikut yang dibaca tu, banyak juga kegunaan daun kaduk ni. Dan makanan yang dikatakan menggunakan daun kaduk tu, memang pernah Kak Long makan. Tapi tak perasan pulak yang Kak Long pernah masak gunakan daun kaduk.
      Hehehe…..ntah2 Kak Long main makan je sebab tak kenal jenis daun-daun tu.

      Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jangan risau Tie, dah okay dah. Insya Allah, pasti setiap pengalaman dijadikan pengajaran. Sekurang-kurangnya Kak Long kenal juga dengan kaduk ni. Selalunya tak pernah ambil kisahpun…kan!

  6. mak ct tanam kaduk kt umah. slalu gak mkn mcm tu je buat ulam

    • Mawar Merah says:

      Hmmm, Kak Long memang tak pernah makan kaduk ni begitu sahaja.
      Kat rumah pun tak ada tanam. Nanti kalau nak ulam, bolehlah mintak petik sehelai dua kat rumah ct. :)

  7. juliet says:

    kalo masak siput sedut kena letak daun kaduk kan?

  8. Mawar Merah says:

    Kak Long pun kurang pasti. Kak Tie mungkin lebih tahu, sebab dia pakar masak tu!

  9. kuina says:

    kak long .. pucuk kaduk direbus buat ulam… awet muda u….

  10. Mesti ada kisah di sebalik kaduk ni. Mawar ceritalah..