Bandar Tentera Darat

muzium

Baru-baru ini PM kita telah mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Hmm………di Port Dickson memang banyak kem tentera dan di sana juga terdapat sebuah Muzium Tentera Darat. Teringat pula pengalaman mengunjungi muzium tersebut. Banyak perkara menarik yang saya lihat di sana.

depan1

Di hadapan bangunan muzium, terdapat tugu peringatan yang merakamkan nama pahlawan negara yang telah gugur demi mempertahankan tanah air ini. Membaca nama-nama tersebut, sayu meresap di hati.

Di dalam dan di luar bangunan muzium, ada pelbagai bahan yang dipamerkan. Ada juga sebuah terowong yang memaparkan kegiatan komunis. Melihat pelbagai pameran di sana, memang setinggi penghargaan diberikan kepada anggota tentera yang telah menabur bakti mempertahankan tanah air daripada musuh negara semenjak dahulu hingga kini. Diri terasa bertuah dilahirkan sebagai anak merdeka.

P1110721

Kepada yang belum ke sana,cubalah singgah jika berkunjung ke Port Dickson. (Wah…promosi percuma) PRK dah berakhir, dan kawasan Port Dickson dah kurang berbahang walaupun kalau berjemur di tepi pantai kena juga bawa sunblock. Mana tahu, sambil berkelah, boleh juga melihat peninggalan sejarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Bandar Tentera Darat

  1. hmm…lain kali, kena singgahlah kejap…..
    sambil menyelam, jangan minum air masin,
    tapi…. lepas menyelam, pergi melawat pulak.

    • mata merah lepas menyelam kalau bayak tengok apa yang ada kat MTD tu, mesti jadi ‘blink!’ “blink!’
      hehehe….

  2. pocket actually tak pernah sampai lagi ke PordDickson.
    entah kenapa?
    nak kena usaha jgak lah sampai sampai kan diri,
    kalau la pocket perlukan pertolongan kak long utk
    bg a few numbers kat sana bleh tak?
    (Google kan ada.. tak nak!! nak manja ngan kak long heheh)

    maybe kna consider gi cuti cuti malaysia lah kejap nanti sambil tgk muzium tentera darat :D

    • tak pernah sampai PD? waaa…..
      memang betul, kena sampaikan jugak tu…

      ( hish…ngada-ngada, directory kan ada…call ajelah 103) :(

      hahahaha….

      Tapi disebabkan pocket lum pernah sampai kat PD dan nak menengok muzium tentera darat tu…hmmmm…….kalau nak nombor yang berkaitan, mana yang Kak Long boleh tolong iinsya Allah, Kak Long tolong …. :)

    • La….kenaripun tak pernah sampai jugak….
      mari-mari kita buat rombongan cik kiah melawat PD ok!