Mula mengenali dunia blog pada akhir tahun 2008 dengan landasan wordpress secara percuma. Setelah setahun berblog, mula melanggan domain dan hosting dari Exabytes pada hujung tahun 2009 tetapi masih mengekalkan domain mawarmerah2008. Hobi Kak Long membaca, menulis dan mengembara sama ada di alam nyata atau di alam maya.
Merupakan seorang pendidik dan bidang ilmu yang pernah Kak Long tuntut di universiti dulu masih belum menjanjikan bahawa Kak Long mampu menjadi pendidik yang baik. Pengalaman adalah guru yang terbaik dan dalam dunia blog ini Kak Long memperoleh pengalaman yang pelbagai. Kak Long suka berkongsi sedikit pengalaman bersama pengunjung blog ini dan semoga segala perbincangan dan perkongsian itu mampu mematangkan pengalaman tersebut.
Merupakan isteri kepada suami yang bukan blogger tetapi memahami minat isterinya yang merupakan part-time blogger ini. Ibu kepada dua orang putera yang masih perlu diperhatikan dan dibimbing sepenuh masa.