Maafkan..

Hampir 6 hari, bercuti daripada mengemaskini blog.

Pertama, cuti raya

Kedua, cuti selepas raya

Ketiga, masih mood raya

Hehehe…sebenarnya sangat rindu dengan kawan-kawan dan blog. Tapi di sebabkan kekangan waktu yang begitu cemburu kepadaku (fuh, alasan, ya alasan), maka sekian hari lamanya blog terbiar sepi. Lalu saya kembali dengan harapan akan mampu menguruskan masa saya yang pada musim cuti ini rupanya sangat penuh dengan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang berfaedah untuk diri, nusa dan bangsa (ahaks…..)

Hari Raya Idil Adha telah berlalu. Idil Adha memang amat sinonim dengan pengorbanan. Bercerita tentang korban, sibuk juga makan daging korban beberapa hari ini. Juga teringat tentang banyaknya nyawa yang terkorban di jalan raya pada musim perayaan kali ini.

Sekarang telah masuk bulan Disember. Pada penghujung bulan ini, saya akan menyambut ulang tahun pertama penglibatan saya ke dunia blog. Untuk kali pertama mengemaskini blog setelah tempoh 6 hari, idea saya juga seakan beku. Lepas ini saya akan mula meronda-ronda ke blog teman-teman. Maaflah sebab mungkin mula menyemakkan ruangan komen anda….Tunggu….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Maafkan..

  1. pocket pun baru jer nak kuar dasi semangat raya nii,
    lambat sikit sinice kesihatan tak fully recover lg.

    anyway.. selamat kembali:D

    • Cuti memang cuti. Tapi cuti-cuti 1 Malaysia tu kejap je.
      Yang banyaknya buat kerja dalam musim cuti.
      Macam projek nak disiapkan.
      Hehe…malas ni pun sejenis penyakit berjangkit. huhuhu

  2. biasa ni Kak Long…istilah blog di panggil “writer’s block” sedang mencari momentum selepas sejuk beku…hehehe

    pelan2 ye kak long

  3. selamat kembali, tulis blog ada cecuti eh? (ha3).

    akan datang ni nak kena tahan kat hospital pun dok fikir boleh atau tidak bawa laptop sama. ya lah fikir juga tentang keselamatannya.

    kalau kena tahan lama, keras juga pasti boring tak dapat online (hu3).

    • Terima kasih megat.
      CRK masa cuti namanya tu…

      Dulu dok lama kat hospital, doktor & nurse tak kisahpun bawa komputer.
      Tapi cuma tak sanggup nak jaga keselamatannya ajalah.

      Cuba lihat dan tengok keadaannya dulu.

  4. Hai cik mawar.. lame x lawat log ni dah.. tibe2 hari ni lawat juga akhirnye…

    x pe lah… yg penting sekarang cik mawar sudah update blog.. nanti dikemudian hari update lgi… hehe

    Selamat hari raya saye ucapkan walau agak trlewat.. maaf zahir batin

  5. akhirnya pulang jua ke arena blog ini yea.. huhuhu

    nak jalan2 sesangat sekarang pun musim hujan.. musim selsema gak.. aderkk kanzzz

  6. Biasalah Mawar. Saya pun mengalami situasi yang sama juga. Maklumlah bila cuti ni semua perkara pun kita nak cuti kan. Tapi kena cepat-cepat habiskan mood raya tu..meh update blog pulak.