Dairi hati seorang guru
Posted By Mawar Merah on November 8, 2009
Semalam, semasa makan-makan di sebuah restoran makanan segera, selepas pulang dari pantai, seseorang menegur saya. Siapa pula yang kenal saya di sini?

Sebagai guru, kadang-kala terasa macam selebriti pula. (Ampunnnn!!!….saja nak memperasaankan diri!) Mana tidaknya, kadang kala bukan setakat di dalam negeri, di luar negeri pun terjumpa pelajar-pelajar dan bekas pelajar! Hahaha…
Dan sering pula terjadi, mereka sahaja yang kenal saya sedangkan saya puas merenung dan memikirkan siapakah namanya, dan pelajar tahun bila…huhu
Maafkan saya pelajar-pelajarku….cikgu kamu ini sudah beransur tua, matanya sudah rabun dan beruban dan daya ingatan cikgu kamu ini memang tidak setajam mana. Apatah lagi jika kamu sudah meninggalkan sekolah beberapa tahun dahulu sebab kalau setakat tahun lepas, rasanya masih senang nak ingat. Lagipun semasa kamu di sekolah dahulu , kamu masih berhingus, hanya berbaju putih sedangkan sekarang baju kamu sudah berwarna-warni seperti pelangi. Begitu juga wajah kamu bukan lagi sepolos anak remaja yang baru mengenal cinta. Ada kalanya, wajah pun telah dihias pelbagai warna, semakin jelita (namun tentu sahaja tak mampu melawan kejelitaan cikgu kamu kan! hahaha….).Yang lelakinya pula, dah bermisai dan ada yang dah berjanggut…..(manalah cikgu nak perasan ya…)

Namun saya berbesar hati kerana bekas pelajar saya masih mengingati saya yang dah bongkok tiga ni. Bukan sekali, malah sering juga saya termanggu kerana apabila saya ke kaunter untuk menjelaskan bil, ternyata bil dalam diam-tiam saya telah dilunaskan oleh mereka yang sudah melanjutkan pelajaran ke universiti dan ada juga yang telah bekerja ini.
Kak Long – Terima kasih kepada pelajarku yang sentiasa baik hati dan masih menghormati bekas gurumu ini. Secara ikhlasnya, cikgu tidak pernah meminta itu semua, (kerana bagi seorang guru, cukuplah kamu membalas nya dengan kejayaan kamu dalam pelajaran dan paling penting dalam kehidupan) namun sebenarnya, cikgu berasa amat terharu dan berbesar hati kerana terasa bahawa kamu masih menghargai cikgu.
p/s Tak naklah tunjuk semua yang saya makan masa tu….sebab entri ni bukan entri makan-makan. Gambar-gambar sekadar hiasan.


sha pun dah rasa tempiasnya bila ibu dan ayah berjalan di mana2. sha sendiri dah kena, masa sha jadi student dulu pon anak murid dok nak bersalam. kompius kejap. hehee.
mesti kak long nieh cikgu yang baik kan?
sha ada tgk satu cikgu tu, budak2 taknak tegur walau berlaga bahu.
kesian pulak.
Opps…
Kak Long ni kalau pasal belajar, sangat tegas tau Sha! Kalau nak tahu, meh jadi anak murid Kak long. Kalau sha nakal, nanti Kak Long cubit-cubit…. (lepas tu kita nyanyi lagu cubit-cubitan…)
Semua cikgu ingin yang terbaik untuk pelajar mereka.
Bukan cikgu yang sha tengok tu tak baik, cuma Kak Long mungkin salah seorang guru yang bernasib baik kerana mempunyai pelajar yang baik-baik.
Baguslah jadi cikgu yang tegas. Iza ingat cikgu Fizik masa ting 4 ..ya ampun..ketaQ lutut tiap kali masuk kelas dia, ironi nya dia adalah guru kesayangan Iza
Setakat ni belum pernah terserempak dengan cikgu2 yg masuk kategori “feberet” tu, kalau terserempak dah tentu Iza akan buat apa yg murid Kak Long buat
p/s: Nite Kak Long, Iza online kejap ja. Tapi di landa penyakit M yg amat sangat. Tak da bunga, tak ada awan, IRIS bercuti huhuhu
Alamak!
Tie ni langsung tak ingat @ kenal guru2 yang mengajar dulu.. Ingat nama, tapi tak ingat wajah mereka betul-betul. Tak pe laa… moga2 semua guru2 yang berjasa tu bahagia dan mewah rezeki.
Jangan guru pula lupa anak murid-murid . . . kecik hati juga . . . hehehe !
Untung Puan Mawar ada orang belanjan makan lagi …