Sering saya baca bahawa lelaki bergelar suami bimbang mendapat isteri yang “Queen Control“.
Semasa cuti akhir tahun, saya sempat membaca buku Alan Lakein yang berjudul “How to Get Control OF Your Time and Your Life’.

Bila saya selesai membacanya saya cuba menanamkan tekad untuk mengawal masa dengan sebaik mungkin. Beberapa hari belakangan ini, bila merenung sebentar situasi kehidupan saya sepanjang masa cuti ini, saya berasakan bahawa saya masih belum mampu mengawal keseluruhan masa saya dengan berkualiti.
Saya telah menyusun rangka kerja saya serta beberapa aktiviti wajib sepanjang cuti di samping beberapa aktiviti sampingan yang ingin saya lakukan. Sekali pandang, memang segalanya sangat teratur tetapi dah menjadi hakikat kehidupan, banyak perkara yang tak terduga berlaku setiap hari hingga menyebabkan banyak perancangan kucar-kacir dan ada masanya saya sendiri yang tidak menguruskan masa dengan baik sehingga tidak mampu mengawal jadual dan perancangan yang telah diatur sejak awal.
Manusia tidak perlu menjadi seperti robot dan saya berpendapat bahawa saya tidak perlu membuat perancangan yang terlalu ideal, dan saya perlu membebaskan diri saya dengan mengambil kira perkara-perkara luar duga. Jika tidak, hal itu boleh membuatkan saya berada dalam keadaan kecewa, gelisah atau stress bila apa yang saya jangkakan dapat disiapkan dalam beberapa jam tertentu berlarutan lebih dari masa itu.
Awal tahun ini, saya dapati saya lebih santai menyiapkan pelbagai tugasan. Biarpun ada beberapa hal luar duga yang berlaku, saya perlu menentukan skala prioriti setiap tugasan yang perlu disempurnakan. Saya harap, segala yang saya lakukan akan lebih teratur dan lebih baik.
Mawar Merah : Agak-agaknya mana yang lebih membimbangkan? Tidak mampu mengawal masa untuk menyelesaikan segala tugasan atau tidak mampu membebaskan diri daripada ‘Queen @ King Control’?
Asalamualaikum
ada ungkapan yanyan menyatakan;
Masa itu emas
dan ada pula menyatakan masa itu macam pedang jika kita tak gunakannya dengan baik ia boleh mencederakan kita. Masa itu nyawa , jika nafas putus masa akan tamat. Dalam alQuraan ada surah mengenai masa. Saya pula akan menziarahi weblog Kak Long jika ada ruang masa.
pocket gagal yang amat dalam bab time management,
ended up not finishing my work but still saying ‘OK!!’
should people asking me to do more work…
wallaweeeyyssss!!
so any good tip dari buku tu untuk dishare?
salam kaklong…,
sesekali kena jugak jadi queen control..tapi biarlah berpada…
Akak,tulisan kecil..susah nak dibaca…Nasib baik la wife saya tak Queen Control..
Ada Apa Dengan Melromeo
Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
Assalamualaikum..
Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
Bandar Armada PutraPulau Indah42000 Pelabuhan Klang
PengerusiEn Saifullizan Hj Mohd Isa012 6874 385
SetiausahaEn Khaszemi Mohd Yakim019 3376 927
BendahariEn. Mohd Riza Mohd Yusoff012 3080 362
Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.
Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/
tolong le sekupang dua