Esok ada apa?

Cuti sekolah untuk pertengahan semester 1 dah habis. Tapi Kak Long masih bercuti hingga ke akhir bulan ini. Kalau cuti masa sihat walafiat, memang seronok, tapi cuti kalau masa sakit memang tak seronok kan?

Kak Long memang memanfaatkan cuti sebulan ini untuk memulihkan diri. Memang sengaja elakkan diri menghadap komputer. Cuma sesekali baca blog kawan-kawan.  Walaupun bercuti, masih lagi sempat memeriksa kertas ujian untuk 4 kelas yang diajar yang baru dihantar awal cuti minggu lepas. Alhamdulillah, dapat Kak Long sempurnakan kerana cuma duduk sahaja. Kalau nak buat kerja yang berat-berat dan berjalan turun naik tangga tu, memanglah Kak Long cuba elakkan sebab walaupun nampak luka dah semakin sembuh, bimbang juga kalau terbuka balik. 

Sungguh susah hati lama meninggalkan pelajar ni. Tambahan pula majoritinya kelas peperiksaan. Sebelum cuti hari tu,  teman Kak Long maklumkan bahawa  ada mesyuarat akan berlangsung minggu ini.  Syukurlah semua kerja dan minit mesyuarat dah siap Kak Long fotostatkan sebelum masuk hospital tempoh hari. Kalau tak, rasa bersalah juga.  Susah hati juga bila ingatkan betapa banyak kerja yang menanti bila kembali bertugas nanti. ..

Kak Long dah melawat ke blog Secangkir Madu Merah untuk meninjau award yang diberikan. Tapi belum sempat nak buat lagi ya…

Esok Perdana Menteri kita akan buat pengumuman sesuatu tentang kemudahan jalur lebar negara. Apa agaknya ya? Khabarnya ada berita baik untuk semua. Kita tunggu sajalah.

Dah lama tak menulis. Jadi rentak menulis pun lain macam aje. Semoga akan dapat rentak semula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Esok ada apa?

  1. katanya makan pati haruan dapat mencepatkan pemulihan luka bedah! huhhuhu

    tapi maza tak suka makan haruan.. makan ikan bilis suka ler.. huhuhu

    Moga cepat sembuh kak long!

  2. Terima kasih Maza.
    Kak Long bukan takat makan pati haruan. Ikan haruan tu pun siap dibelikan dan dimasakkan.
    Nak baik cepat..
    Alhamdulillah, memang cepat sembuh nampaknya luka tu.

  3. setakat makan pati haruan tak buleh lagi..
    sila amik ikan haruan yg idup tu n sapu peparu nyer kat luka bedah anda..
    pastinya tertutup serta merta…
    heheheh:)
    (Disini sesekali bagi komen merapu tak berasas ^^ sila jangan cuba)

    baik cepat yer kak