Hari ini kita menyambut Ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-53.
Kak Long sebagai anak bumi bertuah yang lahir pada era pascamerdeka amat berbangga kerana dilahirkan di dalam negara yang makmur ini. Pada bulan ini, memang seronok melihat Jalur Gemilang berkibaran megah di serata sudut sekolah kami walaupun apabila keluar daripada kawasan sekolah, kemeriahan itu kurang dirasakan. Namun tak mengapalah, kerana Kak Long yakin di setiap sudut hati rakyat negara ini, tetap berbangga dan sayang akan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan negara itu.
Dalam keriangan menyambut Ulang tahun Hari Kemerdekaan negara tercinta ini, hati masih belum boleh berasa girang sepenuhnya kerana masih belum merdeka daripada beberapa perkara. Yang pertama, masih terikat dengan skrip Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2010 yang masih belum berakhir. Bukan sedikit masa yang perlu diperuntukkan untuk menyelesaikan tugasan ini. Tambahan pula, tahun ini majoriti kelas diajar merupakan kelas yang pelajarnya merupakan calon Peperiksaan SPM 2010.
Perkara yang kedua ialah kawasan tempat tinggal Kak Long ini masih belum mampu mengecapi nikmat merdeka sepenuhnya apabila masalah talian streamyx yang semakin kerap terganggu hampir dua minggu. Tambahan pula, apabila khidmat Broadband Maxis yang baru Kak Long langgani tiga bulan lepas masih kurang membantu. Nampaknya kawasan tempat tinggal Kak Long yang bernama’ bandar’ ini masih belum ada liputan 3G. Memang tragis! Selalu juga mood berblog dan mengunjungi blog kawan-kawan diganggu dengan masalah ini.
Namun, yang paling membelenggu hati saya ialah pelbagai berita yang menyangkut tentang kebanggaan dan kedaulatan negara ini. Bermula dengan laporan tentang Kedutaan Malaysia di negara jiran yang dicemari dengan insiden yang tidak sepatutnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, hinggalah laporan tentang dakwaan bahawa rakyat kita sendiri sanggup membiarkan pintu keluar masuk negara dibolosi demi mengejar ganjaran yang lumayan memang sangat mengganggu keghairahan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53 ini. Kalaulah benar dakwaan tersebut, Kak Long fikir, mereka patut malu mengaku sebagai rakyat negara ini. Mungkin pada masa ini, impaknya tidak begitu jelas, tapi, fikirkanlah impaknya pada masa hadapat. Jikalah memang perkara itu terjadi, diharapkan , sesiapa yang terlibat akan lebih peka bahawa rezeki yang diperoleh daripada sumber yang tidak sepatutnya tidak akan ke mana-mana. Malahan, amat menyedihkan jika digunakan untuk memberi makan ahli keluarga.
Mawar Merah – Sempena Hari Kemerdekaan ini, Kak Long cuma mampu berdoa agar Kak Long dan semua rakyat Malaysia ini dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin untuk bumi tercinta ini. Semoga kita semua akan terus merdeka daripada segala unsur negatif yang menggugat erti dan nikmat kemerdekaan ini. Oh, masih banyak lagi yang kita perlu lakukan untuk benar-benar merdeka!
Skrip SPM tu tak mampu la kami nak nolong eh,
Bruk beng tu plak, pocket cuma buleh nasihat kan agar
anda meracun penyelia ofis anda supaya memasukkan
TM BrukBeng moga anda tidak lagi ‘putus’
pasal indonesia tu plak..
pocket rase memang kiter yang ‘baru baru’ merdeka ni
tak rasa semangat nya cam orang ‘lama lama’dulu.
dimana duit lah erti kemerdekaan sebenar.
Pocket recently posted..309 Ha Lam Lam
Isskk, pocket, mailah tolong….
Pasal brosband tu, kalau di tempat kerja, tak ada masalah tentang talian sebab semua wireless, talian dan jalur lebarnya boleh dikatakan tip-top. Broadband maxis dan celcom juga berfungsi dengan baik di tempat kerja sebab ada liputan 3G. Cuma tak cukup banyak masa nak bertenet saja di tempat kerja.
Yang jadi masalah, bila balik rumah, sebab tak ada liputan 3G. Kalau streamyx buat hal…memang tak depek nak nolong…
Pasal kemerdekaan tu, iItulah yang sedihnya. Kalau bukan generasi yang baru baru merdeka ni yang tidak menghayati dan rasakan semangat kemerdekaan tu, siapalah yang nak meneruskan apa yang diusahakan oleh mereka yang berkorban harta dan nyawa untuk mendapatkannya. Duit tu, kalau ikutkan, makin banyak, makin rasa tak pernah cukup, kan!
Talian yang sesak tu Kak Long
Moga hari ini – Hari Merdeka yang Ke 53, capaian rasa merdeka Kak Long telah ditingkatkan.
Kujie recently posted..Kemerdekaan Tanpa Beg Plastik
Betullah agaknya Kujie, talian sesak sebab ramai sangat yang nak sambut merdeka.
Hari ni pun dah dekat pukul 7 petang baru capaian internet pulih semula..
Selamat Hari Merdeka….