Hari ni Kak Long dihadiahi 2 helai kain untuk dibuat baju. Hem..sweet!! Terima kasihlah kepada pihak yang berkenaan atas hadiah yang diberi sempena Hari Raya agaknya tu.
Kak Long suka terima hadiah. Kak Long agak, semua orang suka kalau dapat hadiah. Ada sesiapa yang tak suka ke? Kadang-kala, kita bertemu dengan orang yang memang suka beri hadiah, walaupun kecil tapi baginya hadiah tu tanda ingatan. Tapi, Kak Long pernah juga jumpa orang memberitahu Kak Long yang dia tidak akan memberi hadiah sekiranya hadiah tu dirasakannya kurang berharga.
Sebenarnya, Kak Long berpendapat yang kebanyakan kita memang tak kisah sangat tentang harga sesuatu pemberian. Yang penting, ingatan dan keikhlasan untuk memberikan hadiah itu. Pernah dengar tak kata-kata, bahawa sesuatu hadiah tu tak dipandang pada berapa harganya, tapi pada keikhlasan orang yang memberinya? Setuju? Hem..siapa tak suka dapat hadiah yang mahal kan, tapi kalau harga je mahal, tapi tak ikhlas, baik tak payah bagi. Nanti berkata-kata di dalam hati. Orang yang terima pun tentu tak syok kalau terkesan ketidak ikhlasan tu. Apa pun, Kak Long sentiasa menganggap, semua orang yang pernah beri hadiah pada Kak Long selama ini memang ikhlas-ikhlas belaka dan baik-baik hati belaka.
Terima kasih. Lain kali, bagilah lagi…..
Tahniah Kak Long….
Err…. siapa yang beri tu ? Yang istimewa ke ? Hihihi…
Salam Tie,
Err…yang istimewa ye…
Haah, istimewalah jugak…hihihi..
errr.. Pak Mat di kampung saya tak suka diberi hadiah… dia kata sebagai ketua kampung di situ dia takut menerima hadiah dan memberi hadiah.. sbb gerun dituduhnya rahsuah!
fulakss… hmmm
Fulakss…
Memang sungguh bagus Pak Mat, berhati-hati sebelum kena.
Kak Long tak ada kuasa nak luluskan projek ke, jadi taklah gerun dituduh rasuah.
Untung gitu…
apa yang ada di postingan ini benar adanya, saya setuju dengan anda.