Merenung jauh di tepi jendela

Pagi cerah,

Di tepi jendela
Memandang sang rama-rama
Berwarna-warni
Tapi sayang
Terbangnya sebentar cuma.

Malam sunyi….

Di tepi jendela,
Merenung si kunang-kunang
Indah kerlipannya
Tapi tak mampu menyuluh tanah.

Mawar MerahDua latar masa yang berbeza tetapi hakikat kehidupan yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Merenung jauh di tepi jendela

  1. Kesunyian ke Kak Long ?

    Tie kekadang ni rasa sunyi gak. Walaupun ada anak-anak dan suami, teringin gak nak sembang-sembang dengan seorang kawan. :P

    • Kalau sunyi jom sembang-sembang dengan kak long.

      hehehe…

      Catatan di atas ada nada orang kesunyian ke?
      Sekolah dah bermula, tak sempat nak rasa sunyi.

      Jiwa kacau sikit kot, tiba-tiba aje post tu yang terhasil, wakaka

  2. Kunang-kunang itu ciptaan Allah yang menakjubkan.. tanpa bateri dan elektrik mampu bercahaya di malam kelam berbalam-balam.

    Subhanallah!

    Jemput ke blog saya.

  3. Keindahan datang berselang seli dan dalam bentuk yang pelbagai. Rama-rama indah, tapi kalau datang dalam bentuk yg sama, mungkin kita bosan juga. Kelip-kelip indah, tapi kalau terlalu sering, mungkin dah jadi biasa.

    Rencah hidup macam tu lah kot Kak Long kan…? sekejap happy, sekejap sunyi, sekejap sedih. Kadang happy tu besar, lama dan melebarkan senyuman, kadang kecil tetapi amat berbekas.

    Selamat pagi Kak Long, Iza kena keja hari ni. Rasa geram+ malas, so maybe yang sesuai ialah erk apa ya..kucing lah kot :D

    Selamat berhujung minggu cikgu ;)

    • Iza,

      Dah lama berkelip-kelip dan memandang warna indah hingga ada masa terlupa untuk mensyukuri semua itu sehinggalah ditarik balik.

      Hahaha…banyak sekolah ada program hari Sabtu sekarang ni terutama awal tahun dengan pelbagai aktiviti.

      Nak pujuk hati, mari kita bersyukur sebab kita tak kena kerja 7 hari seminggu. ahaks!