Blogger Kujie telah mengadakan Giveaway di Kujie2.com sempena Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke-20.
Sempena Giveaway yang dianjurkan ni, Kak Long pun nak menyibuk juga turut serta. Mana tahu, dapat 1 daripada 5 box home made macaron (20pcs) yang dihasilkan oleh blogger Cik Min.
Blog Kujie telah menjadi sebuah blog utama kunjungan Kak Long semenjak berkecimpung dalam dunia blogger di blog lama Kak Long dan masih menggunakan domain dan hosting percuma di blogspot lagi. Tuan punya blog dan anak gadisnya pun Kak Long dah kenal secara live. Kak Long suka Kujie2.com ni sebab dari dulu sampai sekarang sebab banyak benda yang dapat Kak Long pelajari daripada blog tu bermula daripada hal-hal tentang blog hinggalah hal-hal dalam kehidupan seharian. Susunan widget Kujie2.com nampak teratur dan tak berlebihan.
Kelemahan dan cadangan untuk dibaiki – Yang ni susah sikit. Sebagai blogger yang masih terkial-kial membetulkan blog sendiri, Kak Long tak nampak pun kelemahan dalam blog Kujie yang perlu untuk dibaiki. Header pun dah ok dan sangat comel. Temanya pun memang ringkas, kemas dan bersih. Jadi, cadangan Kak Long, tak payah ubah apa-apa, kekalkan gaya sekarang sebab dah menarik, tertarik dan deboom…Semoga akan selalu berkongsi tips-tips untuk blogger-blogger seperti sekarang.
Opss…sampai sini dulu. Tahniah kerana berjaya mengekalkan rumahtangga yang dibina sejak 20 tahun lalu dan semoga sentiasa beroleh kebahagiaan yang berkekalan ke akhir hayat.
Susah juga henda ulas blog otai kan?
akubiomed recently posted..Superbike exhaust show off
Haah, dah semuanya ada, tak tahu nak cadangkan apa lagi.
tunggu hari rabu nanti ye kak long…kita tengok sapa yg bertuah.
terimakaasih ikut serta
sebenarnya syarat tu cuma formaliti utk buat giveaway je…dah tatau nak suruh buat apa lagi
Kujie recently posted..Tudung Bidang i-Nur Shop
Kak Long pun saja-saja nak memeriahkan suasana. Ooo, rabu nanti kita tengok sapa yang kena. Kalau menang, boleh buat jamuan macaron kat Bilik Guru, hehehe…
Mawar Merah recently posted..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com
Wah…. seronok juga berkenalan dgn blogger otai
Pingback: Keputusan Giveaway Kujie2.com | Hidup Biar Sedap
Great Job! Remarkable post with great and admirable content. I will look forward to your future update.