Cinta Tak Kenal Siapa (Aris Ariwatan)
Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan
Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang
Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain…Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu…Ooh
Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat
Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan
Kau merenung bersahaja
Lalu (kau) tersenyum tanda rela
Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah…denganmu
Kak Long – Balik dari “rumah” megat tadi. Terkenang lagu ni kerana tiba-tiba sahaja perasaan cinta menggebu dalam hati.
Rasa cinta pasti ada dalam setiap manusia dan terpulanglah kepada kita untuk mengendalikan dan menguruskan rasa cinta itu dengan sebaik-baiknya.
Walau bagaimanapun, biarlah cinta kepada manusia tidak mengatasi cinta kita kepada-Nya.
Ooo….. tetiba jadi jiwang sekejap!
Tie,
Lagu ni buat jiwa terbuai sekejap..hihihi
Iza pun suka lagu ni..Iza .boleh nyanyikan penuh pe-ra-san lagi huhuhu (pasal tu hujan)
Waaa jumpa Bang Megat ya… erm bila nak mai jumpa Iza pulak *wink wink*
Kak Long dah letak lirik lagu tu supaya Iza boleh nyanyi sampai hujan…hahaha
p/s Memang pergi jumpa megat, tapi kat rumah maya dia aje…
Teringin gak nak g jumpa Iza….bila agaknya ya!……*wink wink*
jgn cinta sesama manusia membuat kita alpa ye
semoga dijauhi daripada kekhilafan akibat cinta…
kak long, lagu nieh mengingatkan sha zaman2 sha menonton bola kat stadium paroi!
bila nak start game je, stadium pasang lagu nieh.
half time pon pasang lagu nieh.
apa kaitannya sha tak taulah.
minggu nieh n9 masuk final.
tp kat bukit jalil.
mungkin takde lagu nieh….tp sha tak sabar nak tgk bola!!!!
cinta….jadi tanpa tak disangka. ceewwwaahhh!!!
Sha peminat bola ya!
Kak Long tak pernah pula pergi menonton bola sepak di stadium.
Selamat menonton perlawanan akhir di stadium Bukit Jalil…
Semoga cinta bersemi dan berkembang…
kak long…sy sgt suka lagu ni….tangkap syahdu
Jom nyanyi lagi…
wah, cinta tak kenal siapa. bahaya untuk mereka yang terlebih angau, tetau dah kawen (hu3).
tapi dari sudut berbeza sememangnya cinta tak kenal siapa. lagu feberet karaoke nie (ha3)
Tentu bahaya, kalau cinta disalah guna.
Kalau tetau je dah kawin, mesti naik angin…
p/s Nak karoke depan PC je..
di mana di sekarang … lama menyepi …
dulu ada juga membuat persembahan di sekitar P.P
Encik Razif, zaman dah berubah…huhuhu
Lama dah tinggalkan PP.
Cinta Tak Kenal Siapa – betul tu,Kak Long.
Sy hanya mencintai my the only one Hubby I ever have. Cukuplah sy pertaruhkan kasih serta cinta yg sejati utk dia. Bukan mudah utk mendapat cinta sejati apatah lagi utk mengabadikan kasih yg satu itu.
Berkawan biar beribu, berkasih bialah satu.
Doakan buat sy dan hubby, Kak Long.
Zyma,
Semoga terus bahgia.
Dan cinta terjalin berkekalan.
Cinta yang tulus, Insya Allah akan terus dipelihara oleh-Nya.
saya memang minat dengan suara Aris dan lagu ni memang power…
Teringat masa zaman sekolah dulu..minat juga lagu ni