Pagi tadi selesai sudah majlis perasmian penutupan Bulan Bahasa peringkat sekolah Kak Long. Dalam kesibukan nak menyambut Ramadhan dan membekalkan persediaan untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dua minggu lagi, pasti persediaan agak terhad. Namun alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan Tuk Ketua agak berpuas hati dengan majlis pada hari ini.
Selesai sahaja perhimpunan rasmi dan ucapan perasmian oleh Tuk Ketua, pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan antara kelas telah membuat persembahan. Antaranya, mendeklamasi puisi, melagukan syair, berpidato dan juga persembahan drama.
Selepas itu, upacara penyampaian hadiah dan akhir sekali nyanyian lagu tema Bulan Bahasa.
Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang elok itu budik, Yang indah itu bahasa.Melihat sambutan dan penyertaan pelajar sepanjang Bulan Bahasa itu, alhamdulillah. Terkenang pula zaman-zaman di Universiti dulu yang selalu melibatkan diri dalam menganjurkan program yang lebih mencabar. Kalau buat program selalu dapat liputan besar-besaran. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jadi kenalah pandai-pandai menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana.
Pada sebelah petang, Kak Long sibuk dengan program Teknik Menjawab Soalan bagi pelajar tingkatan 5. Kali ini, rasa lebih gembira sebab pelajar menunjukkan ketekunan dan minat berbanding program sebelum ini. Mungkin keinsafan dah tiba kerana peperiksaan semakin hampir. Semoga semangat dan kesungguhan itu akan berterusan kerana tiada apa yang lebih menggembirakan seorang guru selain kejayaan anak-anak didiknya.
Entri ringan untuk catatan dan peringatan diri sendiri. Tahun hadapan Tuk Ketua sarankan Bulan Bahasa diadakan secara besar-besaran. Hmm, semoga ada Sasterawan dan para ilmuan berkampung di sekolah kami.


maza pernah jadi penyair dan penyajak..
selepas pertandingan antara kelas itu, seorang cikgu penatia dok rapat kat maza.. dia cakap kat maza, “retikan ajelah, next time jgn masuk bertanding lagi tau, takut malukan diri”.. huhuh.. fulaks!
ait maza – bulan bahasa tu…patut cikgu tu komen dengan bahasa yang betul, tak boleh mix mix…hehehe
Aduhai Maza,
Sampai hati betul cikgu tu tak bagi Maza bertanding lagi erk..
Cuba Maza masuk pertandingan lagi, mana tahu boleh jadi johan kebangsaan pulak.
Lepas tu, Maza bisik kat cikgu tu balik, “mesti cikgu menyesal tak pilih saya jadi wakil sekolah dulu….”
Hehehe…iyalah Kujie, patutnya kena guna bahasa baku masa bulan bahasa tu kan.
Entah-entah Maza tu je yang mix kan, bagi sikit asam boi pada komen cikgu tu, huhu
uik… tak der lah kak long.. hehehe
sebenarnya memang maza tak pandai bersyair dan bersajak…
masa tu kengkawan maza jadi pengarah projek pertandingan bersyair dan bersajak…
jadi di dlm kelas sambil mengajuk-ajuk kengkawan yg lain, tiba2 si fatimah (ajk projek) terdengar terus menyuruh maza baca sekali lagi..
kendian dia cakap, maza boleh masuk bertanding.. hanya RM1 shj yuran penyertaan.. hadiah pula selain piala, sijil juga segunung pujian2 dari cikgu sastera kami.. hehehhe
tapi sebelum si fatimah tu membodek maza, kengkawan lain sudah bagi komen,..memang suara maza kurang menarik (masa tu ler heheheh)..
oleh kerana termakan pujian dan pujuk rayu si fatimah itu bersama kengkawannya.. hidung maza menjadi kembang kempis lalu bersetuju tanpa mempedulikan kata2 ikhlas kengkawan dan rival maza di dlm kelas itu juga….
penyudahnya tatkala hari kejadian.. hah! rasakan.. suara donkey yg keluar.. huhu
suara mamat dan minah lain ke main lagi power.. mendayu2… sedap di dengar.. kena suara maza, alahai kata kawan setia maza yg tak jemu2 mengekor maza itu, macam tape rosak..kaset yg kusut dan dipenyuk2 gitew.. aderkk….sampai hati kan.. huhuhu
alkisah.. memang maza tak berbakat seni suara yg satu ini.. huhuhu
Maza,
Panjangnya cerita, boleh buat satu entri ni, hehehe…
Pandai sungguh si fatimah tu memujuk Maza.
Tapi kalau dah berani ke depan tu, satu kejayaan juga, kan?
Biasanya ramai yang malu nak bersyair daripada bersajak, sebab bersyair kena tarik suara gitu…
Mungkin masa tu, gementar yang lebih, sebab tu tak menjadi.
Salam Kak Long….
Apa khabar? Lama sy tak jenguk2 Kak Long di sini.
Semoga Kak Long sihat2 & ceria2 selalu ye.
Selamat m`jalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Semoga p`olehi k`berkatan di bulan mulia ini, Insya Allah.
Jaga diri ye, Kak Long.
Terima kasih Zyma.
Alhamdulillah Kak Long sihat.
Memang lama tak berblog sampai penuh dengan sawang dan lalang, hehehe..
Selamat menjalani ibadah puasa juga.
Semoga dipermudahkan dan diberkati.
Salam Ramadhan Kak Long
Salam Ramadan Bunga Rampai.
salam ramadhan buat kaklong sekeluarga…
SMM,
Selamat menjalani Ibadah puasa.
Semoga diberkati dan dirahmati selalu.