Semasa di sekolah, kami dikhabarkan tentang 2 berita sedih.
Berita pertama ialah tentang kematian seorang pelajar yang terlibat dalam kemalangan pada hari terakhir bulan syawal. Pelajar tersebut meninggal di hospital setelah koma beberapa jam. Walaupun, tidak pernah mengajar pelajar tersebut, namun rasa kehilangan tetap terasa. Al-fatihah.
Kami juga dikejutkan bahawa salah seorang daripada 3 mangsa kemalangan yang terkorban semalam merupakan adik lelaki tunggal rakan sekerja saya. Walaupun tidak mengenali mangsa secara peribadi, namun saya biasa mendengar cerita tentang mendiang daripada kakaknya. Saya juga sering melihat gambar-gambarnya kerana saya agak rapat juga dengan kakaknya itu.
Saya difahamkan bahawa, mereka sedang pulang ke rumah ibunya pada awal pagi. Malam sebelumnya, mereka telah tidur di rumah salah seorang saudara mereka selepas pulang lewat daripada menziarahi saudara mara sempena perayaan Deepavali. Khabarnya, tayar lori tersebut tercabut dan lori terbabas melanggar kereta.
Selepas kejadian, pemandunya mati di tempat kejadian, manakala adik teman saya ini yang menjadi penumpang di tempat duduk depan, ketika itu masih hidup dan berjuang dengan ajalnya namun saudara mara yang turut sama dalam kereta yang berasingan tidak dapat berbuat apa-apa kerana mangsa tersepit. Bmba dan ambulan yang tiba tidak lama kemudian gagal menyelamatkan mangsa.
Pemandu lori turut menemui ajal. Khabarnya diserang sakit jantung kerana terkejut melihat kejadian ngeri di depan mata.
Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. Memang sedih kehilangan ahli keluarga tersayang sedangkan baru sahaja bergembira bersama-sama menyambut perayaan.
Kak Long Mawar Merah – Tragedi Oktober tiba-tiba kembali menyerbu ingatan.
takziah kepada keluarga mangsa dan semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.
membaca dan memberi komen disini sudah membuatkan bulu di tangan meremang. pilu pedih apabila kehilangan orang tersayang apatah lagi keluarga sendiri.
kak long, sudah tentu keluarga mangsa sedang bersedih apatah lagi ada saudara yang turut melihat ketika kejadian hu3.
Betul Megat,
Keluarga mangsa memang sedang bersedih. Tak berani tanya lebih2.
Memang pedih bila kehilangan ahli keluarga terutama secara tiba-tiba.
Tie paling sedih melihat kemalangan terutama yang melibatkan kematian. Semoga keluarga teman Kak Long tu tabah.
Teman Kak Long tu walaupun jelas masih sedih tapi sentiasa diberikan motivasi oleh rakan-rakan.
kak long…malang tidak berbau. alfatihah dan takziah
ya…malang tak berbau.
Namun kita harap semua orang akan berhati-hati dan bertimbang rasa ketika berada di jalan raya.
kdg2 kita dah cukup berhati2 tapi ada pihak yg tidak memikirkan keselamatan org lain.
kita berhati-hati dan berdoa supaya semua orang turut berhati-hati
alahai… tiba2 teringatkan lah pula cerita Awei bersama lagunya, Tragedi Oktober!
huhuhuhu
salam takziah drpd maza! huhuhu
Tragedi Oktober Awie tak sedahsyat kehilangan ahli keluarga tersayang di bulan Oktober.
sedih.Nang ur entry.Nang me too if u like my entry:
http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138691
http://innit.nuffnang.com/view.php?id=138366
Thanks
Sama-sama berkongsi kesedihan.
Terima kasih ziarah.
al-Fatihah,,
Semoga keluarga mereka tetap tabah.
Pengajaran buat kita yang masih hidup…