Tiada rumah terbuka untuk tetamu yang itu
Posted By Mawar Merah on October 11, 2009
Musim raya ni memang banyak rumah terbuka diadakan. Namun, bukanlah terbuka setiap masa sehinggakan ada tetamu tak diundang nak menceroboh masuk.
Baru beberapa hari yang lalu, saya terbaca entri anak laut yang sempat membantu jirannya yang nyaris menjadi mangsa penceroboh yang hampir sahaja melakukan perkara yang tak diingini.
Saya sedang menulis sebuah entri (yang saya tangguhkan dulu kerana saya mahu menulis kisah ini) kira-kira pukul satu pagi tadi apabila handphone saya mendendangkan lagu kegemaran saya tanda panggilan masuk. Pelik juga sebab pada masa ini tiada sesiapa yang berkaitan dengan saya berada di luar negara yang waktunya berbeza dengan waktu tempatan dan saya yakin yang ada potensi menelefon saya pun telah lama berdengkur.
Rupa-rupanya jiran saya menelefon memberitahu yang dia telah mendengar bunyi orang masuk ke rumahnya kerana pada masa dia pun belum tidur lagi. Yang lebih membimbangkan, dia mensyaki bahawa penceroboh itu masih berada di perkarangan rumahnya kerana dia tidak nampak sempat nampak kaki penceroboh tersebut manakala kasut penceroboh itu masih berada di tepi rumahnya. Saya pun segera menyalakan semua lampu di dalam dan di luar rumah. Sebentar kemudian, kawasan rumah kami terang-benderang. Semua jiran tetangga telah keluar dan polispun sudah tiba. Ala-ala berani takut, saya pun turut menenangkan jiran saya yang telah keluar dari rumahnya sementara polis mengadakan gerakan mencari penceroboh tersebut yang bersembunyi entah di mana. Habis semua kotak dan tong telah digeledah oleh pihak polis dan jiran2 yang lain.
Gambar Hiasan : Google
Selepas hampir dua jam, dan yakin bahawa penceroboh itu tidak berada dalam rumah jiran tersebut walaupun kasutnya masih tertinggal di tempat yang dipanjatnya untuk masuk ke rumah jiran saya, barulah kami semua beredar. Namun semua lampu tidak dipadamkan hingga ke pagi dan walaupun telah merebahkan badan ke bantal, mata tidak mahu lena.
Entah ke manalah penceroboh itu melarikan diri? Sungguh membimbangkan. Nasib baik jiran saya sedar akan kehadirannya. Kalau tidak, entah apa pula ceritanya.

Gambar Hiasan : Google
susah betul…skang mmg macam2 hal. kat sini plak tak habis2 ngan indon yang merompak sana merompak sini…merogil sana merogol sini…
baik2 kak long…jaga diri ye!
Terima kasih. Sha pun jaga diri baik2.
Sekarang ni rasa kat negara kita dah kurang selamat.
Eh…takut laa.
Tie lebih takut pada orang dari hantu. Orang ni macam2 dia boleh buat pada kita. Bukan setakat merompak je. Mudah2an kita dilindunginya.
Kalau hilang duit tak apa lagi. Kadang-kala mereka sanggup melakukan pembunuhan demi memastikan misi mereka berjaya. Seram bila difikir-fikirkan.
mungkinkah ini juga salah satu gerakan BENDERA dari negeri seberang sana yg kononnya mejalankan kempen Ganyang Malaysia!?
hmm
Elok ditembak aje mereka itu yg melakukan jenayah..kanzzz….
huhh
@maza,
Bukan senang pihak berkuasa nak tembak orang.
Kalau tak silap, ikut peraturannya, mereka kena guna senjata untuk keadaan terdesak, kan?
hmm….kena fikir juga kemungkinannya tu!
Beberapa bulan lepas kecoh jugak dengan rompakan bersenjatakan pisau dan sabit kat tempat Iza. Tiinggal kat kawasan industri cam ni yg sah sah ramai pendatang asing mmg ada risikonya… seram betul
Kena lebih berhati-hati tu Iza.
Pihak berkuasa perlu lebih tegas membendung pendatang asing tu…