Cerita pari yang berperi

Pada hari Jumaat lepas, waktu masuk pada waktu akhir ke salah sebuah kelas Tingkatan 5, saya sempat pula mengadakan soal jawab ala-ala kuiz. Entah mengapa, sengaja mahu menguji pengetahuan sendiri dan juga persediaan pelajar yang tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan.

Antara soalan peribahasa saya yang telah bertukar menjadi pari bahasa ialah:-

Sambungkan peribahasa ini ya pelajar-pelajarku…

Soalan saya           :  Sekali air bah, ……….
Jawapan mereka  :   habis satu kampung.

Soalan saya            : Ada padi semua kerja jadi,  ada beras……..
Jawapan mereka   : Ada beras, semua orang kenyang.

Saya yang mendengar jawapan mereka memeng sakit perut ketawa. Ntah cikgu manalah yang bijak pandai mengajar peribahasa agaknya sampai semuanya bertukar menjadi pari-pari bahasa. (eh, ada ke istilah tu? ampun DBP dan pakar bahasa, jangan marah saya!)

Amboi, bijak betul pelajar-pelajar saya kan! Kalau semua peribahasa ditukar mengikut logik mereka, memang ‘bungkus’ masa periksa nanti. Lepas ni kena buat lebih banyak latihan ya….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “Cerita pari yang berperi

  1. Kak Long sihat..alhamdulillah.
    Terima kasih…

    Iyalah…kak long tak terfikir yang dia org boleh bagi jawapan macam tu.
    Ingat nak makan je budak2 tu agaknya sebab dah nak waktu balik. :)

    • Sha,
      Gelak tu gelak juga.
      Tapi dalam hati rasa sedih kerana yang jawab macam tu budak Melayu.
      Kalau ikut pengalaman, pelajar kaum bukan Melayu lebih baik penguasaan dan pengetahuan bahasa Melayunya berbanding pelajar Melayu.

  2. Sekali air bah, sekali pantai berubah.

    Ada padi semua kerja jadi, ada beras.. boleh masak nasik !!

    Betul ke tu cikgu ? Adoi…. BM Tie ni memang teruk. Sampai sekarang buat karangan pun tonggang langgang.

    • Yang tepatnya sekali air bah, sekali pasir berubah….
      Dan
      Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras…

      tapi bila fikirkan, tak boleh gak salahkan budak-budak tu…
      kalau ikut logik memang, kalau ada beras boleh masak nasi dan semua orang akan kenyang bila makan nasi…hahaha…

  3. kak long…skrg ni bah bukan sekali tapi berkali2 dan lagi dan lagi…
    ermmm kak long n kak tie, setahu sy di pantai air pasang surut je…mana ada air bah…

  4. ooo ingatkan pari mana yang berperi.. hehe.. pari yg bawah umur rupanya, habis di libas yer huhu. tapijawapan tu memang kelakar, bleh lah masuk majalah ujang :p
    sekali air bah, keluar semua sampah huhu

    • Tak biasa baca majalah Ujang lah Iza.
      Ada ruangan untuk peribahasa ke?

      Sekali air bah, memang keluar semua sampah!
      Budak-budak tu tak terfikir pasal sampah agaknya, huhuhu….