Sebenarnya minggu ini Kak Long dah mula dapat menjalankan tugas dan kena jadi guru bertugas pulak tu… Syukur alhamdulillah…rasa dah pulih sepenuhnya. Masa mula-mula bertugas, minggu lepas, kejap ok, kejap kena ke hospital semula. Tapi selepas cuti rehat sehari untuk memulihkan semangat yang hilang…akhirnya minggu ini Kak Long rasa amat bertenaga dan sihat sekali meneruskan kerja dan tugasan.
Semalam sekolah ganti untuk hari raya. Uishh jauh lagi, tapi dah kena ganti awal-awal.
Tak pe..nanti boleh raya sakan.
Selepas tamat waktu persekolahan, ada jamuan dua dalam satu.
Pertama sempena meraikan seorang rakan setugas yang akan berpindah kerana naik pangkat dan yang ke-dua kerana ada antara kami yang telah menerima surat kenaikan gred hehehe termasuklah Kak Long…. Gembira juga sebab bila balik bertugas, dihadiahkan dengan surat pelantikan kenaikan gred yang ditunggu agak lama sedangkan rakan-rakan yang sama menikmatinya dah dapat surat tu lama. Tapi tak apa…berbaloi menunggu kan! Tarikh tetap sama…
Hari ini pastinya rakan-rakan di Hulu Selangor termasuklah Kujie sibuk mengundi. Adik Kak Long yang tinggal di Bukit Beruntung pun sama juga sibuknya melayan kempen pilihanraya. Semoga telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
dg41 ke kak long?
ke dg44?
sha ada dengar mak cakap…walaupon tak brape nak paham:)
Mak sha pun cikgu kan mestilah anak dia ada dengar-dengar istilah DG ni…
alhamdulilah kak long dah semakin pulih dan kembali bertugas dgn penuh dedikasi
tahniah juga atas kenaikan gred tu…DG44 kan?
Terima kasih Kenari…
Alhamdulillah….lebih kurang gitulah gamaknya.
alhamdulillah… lega dgr kesihatan kak long bertambah pulih…
.
.
alhamdulillah dh dpt naik gred
..
.
.
alhamdulillah.. errr… kak long nak belanja donat kan
alhamdulillah
alhamdulillah…lega tengok KTS ingat gak nak jengok blog kak long.
haha….alhamdulillah, err….kalau takat belanja kts makan donat, alhamdulillah, jom….
shhhh……..jangan khabar kat orang lain tau!!
saya nak donut juga…………………!!!heheh
haha…nanti Kak long belanja donut Encik Abu saja…