Semasa ke utara hujung minggu lepas, Kak Long sempat mengikuti encik suami dan keluarganya menjejak kasih saudara mara mereka yang lama terpisah.
Dengan beberapa panduan yang mereka ada, kami sempat mengunjungi beberapa keluarga yang telah lama tinggal di Bagan Serai. Mereka yang kaya dengan budi bahasa, menyambut kami dengan begitu mesra dan meriah.
Seronok sungguh anak-anak menikmati suasana kampung yang sukar diperoleh waktu pulang ke rumah datuk dan nenek mereka. Bukan main meriah gerombolan kanak-kanak bekejaran di halaman memetik rambutan dan buah kedondong di rumah tepi sawah.

Selain itu, mereka juga sibuk menyauk ikan puyu di parit berlumpur di situ. Kali ini, mereka dibiarkan sahaja lepas bebas untuk menikmati suasa kampung. Teringat zaman kanak-kanak semasa pulang ke kampung.

Seronoknya menjejak kasih.
wah, memang bestnya sesekala menjejak kaki di kampung halaman, kan.
klcitizen recently posted..cerita dah basi lah wei…
Kak Long menumpang seronok menemui keluarga suami yang sudah lama terpisah. Dapat pula merasai suasana kampung, memang damai sekali.
Mawar Merah recently posted..Mentari Bukan Merah di Bukit Merah Laketown Resort
suasana kg memang best Kak Long… hehe
Waha.. best la ada kampung yang tanam padi.. Kampung Saya ada kelapa sawit!
anif recently posted..Paradox Dalam Diri
Dulu, kampung Kak Long pun ada sawah padi. Sekarang, semuanya dah ditanam sawit. Rindu betul kehijauan padi waktu ditiup angin.
Mawar Merah recently posted..Haruman bunga : Wordless Wednesday
Dahulu saya keliru orang dari Bagan Serai becakap loghat utara walaupun didalam daerah negeri Perak. Rupanya kedudukannya sempadan dekat dengan sempadan Kedah.
akubiomed recently posted..Timang bulu ayam permainan tradisi Melayu
Mereka tinggal bersempadan Kedah dan berhampiran juga dengan Pulau Pinang, kan!
Mawar Merah recently posted..Mentari Bukan Merah di Bukit Merah Laketown Resort
aduh… terasa bau lumpur di sawah sampai ke hidung ini..huhuu
rindu sudah menyauk ikan di tepian ban.. uhuk.. lalalala
maza recently posted..Anak-anak kecil mungel di lambung ombak
Kak Long pun rindu saat menangkap puyu dan pelaga.
Bau lumpur tu….macammana ya?
Mawar Merah recently posted..Mee Banjir Udang Kuala Sepetang Mak Teh Menggamit Datang
bila dapat jejak rasahati lega..pasni masti akan ada kunjugan lagi..
klu dapat berlari3 di tebing padi mmg syok ala2 bolly gitu heee
Fuh, tak teringat ala bolly, tapi teringat ala Nur Kasih. ahaks!
Mawar Merah recently posted..Mentari Bukan Merah di Bukit Merah Laketown Resort
takda tanah padi cuma ada dusun buah…tapi sekali sekala pergi seberang perak bolehla tengok padi tepi jalan kak long…
azura recently posted..Aku maafkan kamu
Kalau dapat tengok dari tepi jalan, mesti tak puas hati punya. Anak-anak yang tak biasa tengok dan sentuh padi tu, bukan main teruja lagi. Padi yang mentah tu pun dikunyahnya. Manis kata mereka.
Mawar Merah recently posted..Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 4
lama tak pegang nangka. hehe.
kalau goreng mesti sedapppp.
ohcikgu recently posted..Aksi Panas pelajar sekolah – Pengalaman kena denda di Sekolah
Nangka tak seronok dipegang kala muda, banyak getah.
Mawar Merah recently posted..Resepi mudah membuat Yee Sang
ahli keluarga yang dekat ke jauh tu kaklong?
bardboo recently posted..Best Ke iRobot Roomba 564?
Ahli keluarga suami. Kalau tak silap sepupu emak mertua.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Menjejak kasih di Bagan Serai
Adehhh.. tengok Kampung tu buat kawe jeles la Kak Long. Kampung kawe agak moden sikit.. my wife punya kampung pon gitew2 jer. Tak ada sawah dan kawasan menghijau. Ini yg rasa nak cari anak kampung jadi #2.. he he… Errkkk.. delete komen ni Kak Long lepas baca. Nanti Mem nampak…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Melancong Ke Indonesia | Day 1 – Jakarta
Tahu takut mem baca, hahaha.
Kak Long menumpang kampung orang aje.
Dulu di kampung ada sawah, sekarang dah berganti kelapa sawit. Sayang betul.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Menjejak kasih di Bagan Serai
sejuka mata memandang…balik kampung mesti tenang, lagi2 dpat berjumpa dengan mak dan ayah..:)
SiTokei recently posted..Gambar: Adakah ini Foto Isteri Kepada Roslin Hashim
Memang sejuk. Suasana berangin dan damai.
Di sini cuma kampung saudara sebelah suami. Kami datang ziarah sahaja.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Menjejak kasih di Bagan Serai
tiba tiba terasa macam nak balik kampung
rahman recently posted..vertigo,perubatan dan rawatan
Kampung di mana tu? Masih ada sawah padi? Kalau nak ke Kuala Pilah tu, masih ada sawah kan!
Kak Long Mawar Merah recently posted..Menjejak kasih di Bagan Serai
seronoknya , kalau di kampung memang tk risau anak nak main kat luar ke dalam ke , tp kalau di KL jangan harap lah nak lepas kan
puanbee recently posted..Rutin Harian Untuk Muka Bersih Dan Ceria
Mereka memang agak bebas tapi masih dalam pemerhatian. Kalau tak, mahu dia orang terjun dalam parit yang lebar di tepi jalan sepanjang kampung tu.
Mawar Merah recently posted..Bunga Tanjung dan Pokok Tanjung
Teringat masa sekolah dulu…sesah kat sawah ustaz….gi tankap burung ciak padi pas tu bakar…pehhh sodappp:)
yas recently posted..Kes Apek Tak Lapor Diri Latihan Skuad Olimpik
‘kampung’ kerap diterjemahkan sebagai tempat dimana kita bermula. teringat tulisan Doktor Tuah, jika rasa tak tenang kembali ke asal iaitu kampung halaman.
elok juga tu Kak Long bawa anak2 ke kampung..biar diorang lihat susana kg yang aman damai dan tidak tercemar…