Majlis berganti-ganti

Semalam berlangsung majlis kenduri perkahwinan anak lelaki jiran Kak Long. Hidup berjiran, sepakat membawa berkat. Semasa majlis kenduri sebegini, bukan sahaja kanak-kanak yang seronok, kerana begini, baru mereka dapat lepas bebasĀ  bermain dan berlarian di celah-celah meja dan khemah yang siap dipasang sehari sebelum itu, malahan juga emak-emak dan bapak-bapak budak pun dapat berlama-lama dengan jiran-jiran membuat persediaan untuk majlis. Biasanya, masing-masing sibuk dengan urusan seharian, tapi beberapa hari sebelum majlis, masing-masing sedaya upaya melapangkan diri menjenguk-jenguk apa yang patut. Dah jadi tradisi majlis sekarang, semuanya diserahkan kepada pengusaha katering ataupun pengurus perkahwinan, jadi, tak banyak sangat kerja yang dapat dibantu, namun sebagai jiran-tetangga, perlu juga mengambil bahagian dalam aktiviti sebelum, semasa dan selepas majlis.

Pada minggu ini, kebanyakan sekolah mengadakan sekolah ganti sempena cuti semasa Tahun Baru Cina baru-baru ini. Rasa agak terkilan juga, kerana tidak dapat bersama-sama sepanjang majlis berlangsung kerana seperti lari berganti-ganti pula program pada hari tersebut kerana pada sebelah petang pula terpaksa menghadiri majlis penting. Syukur juga sebab pada sebelah tengah hari, sempat juga pulang sebentar untuk bersama-sama meraikan majlis. Bila balik pada waktu remang senja, semua suasana yang meriah telah berakhir. Khemah-khemah dan meja-meja semuanya telah siap diangkut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “Majlis berganti-ganti

    • Memang tak ganggu orang punya holiday, tapi kawan-kawan dan saudara-mara susahlah sikit kalau ada anak-anak bersekolah. Walau bagaimanapun, masih ramai tetamu, cuma mereka datang lewat sikit sebab kena tunggu anak2 balik sekolah dulu.
      Kak Long Mawar Merah recently posted..Topeng Hijau

    • Seronoknya masih mengamalkan suasana begitu. Teringat pula majlis perkahwinan sendiri. Semuanya disediakan bersama. Sekarang, jarang lagi amalan gotong-royong. Ramai yang ambil katering sebab tak mahu susahkan jiran tetangga, padahal jiran tetangga dan saudara-mara seronok juga dapat bersama-sama membantu.
      Kak Long Mawar Merah recently posted..Topeng Hijau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge