Awal minggu ni seorang teman yang kini bertugas di Matrikulasi Labuan telah datang menziarahi. Dia hadiahkan kami, teman-teman di sini benda ni:-

cenderahati dari Labuan
Comel coklat ni….sayang pulak nak makan hehehe….
Namun, semalam saya dengar ada musibah yang menimpa beliau yang sedang bercuti di rumah keluarganya di Pahang. Dengar khabar, rumah keluarganya telah dirompak semasa beliau di rumah ibu di sana. Kereta adiknya juga telah dilarikan. Kami cuba juga menghubungi beliau melalui telefon, tetapi tidak berjaya dan kami diberitahu yang telefon beliau turut dilarikan perompak.
Alhamdulillah beliau dan keluarga tidak diapa-apakan. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi musibah ini dan semoga para perompak yang merompak rumah keluarga beliau itu sempat bertaubat.
cokelat ke kak long…mmg sayang nak makan tu
ingat ke magnet peti sejuk tu..
pss..psss..kalau kak long sayang nak makan…saya sanggup!
hehe
Haah…coklat tu, cun sangat. Sekali pandang memang macam magnet. Tu yang sayang nak makan.
sekarang ni kes merompak berleluasa, dorang tak takut walaupun ada tuan rumah didalam.
Salam Juliet,
Betul tu…zaman perompak berleluasa..
Kena berhati-hati dan pastikan langkah-langkah keselamatan dah diambil.
inallilah hiwainnalillah hi rojiun, (Betul ker heja ni)
nasib baik tak diapa apa kan,
kalau ditetak 15 jarum kalu kan ker susah dah nak keja..
kaki ladibag tu buleh makan tak?
Itulah…syukur sebab tak diapa-apakan. Sekarang ni, banyak kejadian yang bukan sahaja dah merompak harta benda, tapi juga langsung tak berperi kemanusiaan sebab turut mencederakan orang yang dirompak.
Kaki ladybug tak boleh makan, nanti kembung sebab kakinya kertas warna hitam, ada karbon.
Salam Kak Long, apa kabaQ? Lamanya senyap… hehe, Iza pon tenggelam timbul jugak.
Mula2 tgk ingatkan sepit rambut, coklat rupanya
Minta dijauhkan dari penjahat2 dan kes2 begitu…serammmm
Salam Iza,
Coklat comel, macam-macam bentuk ada sekarang ni.
Doa semoga dijauhi daripada hal sebegitu.