Inovasi dan kreativiti

Oh, sungguh lama Kak Long membiarkan blog ini bersawang. Terharu kerana masih ada lagi yang sudi berkunjung ke sini walaupun lalang dah hampir mencucuk mata. Sibuk..hahaha, alasan klise gitu! Yang sebetulnya, tiba-tiba tak pandai menguruskan masa. Jadi, sempena hari baik bulan baik yang bakal menjelma, Kak Long cuba menebas lalang dan sesawang yang patut tu.

Baru-baru ini, kami sibuk sebagai tuan rumah Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi. Ada pelbagai pertandingan di adakan termasuklah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Kereta Solar, Pertandingan Inovasi dan pelbagai lagi pertandingan yang dapat mencungkil kreativiti pelajar melalui pembelajaran Sains dan Teknologi mereka selama ini.

Kali ini, Kak Long cuma bertugas sebagai paparazzi sambil jadi pengacara jalan-jalan cari makan…

Pertandingan kereta solar

Peserta kecil bersama petugas yang dijemput turut sama memeriahkan suasana

Salah satu pertandingan yang diadakan.

Kak Long : Banyak lagi pertandingan yang diadakan dan sungguh teruja melihat kreativiti dan kesungguhan peserta yang pastinya bakal menjadi aset negara tercinta suatu ketika nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Inovasi dan kreativiti