Hujung Mingguku Di IKBN Yang Permai.

Pada hujung minggu kali ini, Kak Long berpeluang menghadiri satu kursus jangkapendek yang diadakan di IKBN. Kak Long dan peserta-peserta lain tiba di IKBN yang  dipagari bukit-bukau dan kelihatan begitu permai, tidak lama sebelum kursus bermula.

Selepas mendaftar, Kak Long menikmati sarapan pagi. Sebaik selesai bersarapan, kursus pun bermula. Kursus ini diadakan selama 2 hari. Wah, wah, wah, pada hari pertama, rupanya Kak Long diajar untuk menyediakan Chicken Chop, coleslaw, black peeper @ mushroom sauce, Fish & Chip, tarta sauce, garlic bread  dan mushroom soup. Nampaknya lepas ni, Kak Long tak payahlah pergi Delifrence atau Pizza Hut lagi untuk menikmati makanan tu lagi.

Memerhati Chef membuat demo terlebih dahulu. p2220679

p2210663

Sebaik sahaja Chef selesai menunjukkan setiap hidangan tersebut, kami  menyediakannya dalam kumpulan yang terdiri daripada 2 @ 3 orang ahli. Bersungguh-sungguh kami menyediakan hidangan yang diajar tu.

Lihatlah sendiri hasil usaha kami menyediakan hidangan Chicken Chop yang siap sedia untuk dimakan.

p2210672

Pada hari kedua pula, Kak Long berpeluang menyediakan sendiri burger.  

p2220688

 Tengoklah tu, beriya-iya mengadun burger. Ni, kalau nak buka kilang burger dah boleh dah ni!

Kak Long dan peserta lain juga diajar cara-cara menyediakan spagetti bolognaise, feetucini dgn seafood souce dan light cream macaroni with meatball. Kalau nak tahu, bebola daging tu pun kami buat sendiri.

p2220700

 Selesai sahaja kursus, Kak Long pulang dengan hati yang berbunga-bunga. Gembira rasanya kerana lepas ni, bolehlah buka restoran ‘western food’ pulak ya! Insya Allah, kalau ada peluang, lain kali bolehlah Kak Long belajar lagi. Terima kasih chef-chef mengajar dan pelajar-pelajar IKBN yang membantu sepanjang kami berkursus di sana.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 thoughts on “Hujung Mingguku Di IKBN Yang Permai.

  1. Wah Kak Long, chicken chop tu nampak tempting. Bila buat lg tu, pelawa-pelawa or kat SA ni ya.