Hujan
Posted By Mawar Merah on February 27, 2009
Beberapa hari ini, hampir setiap hari hujan. Musim hujan ni kenalah lebih berhati-hati semasa keluar rumah atau di jalan raya. Hampir seminggu Kak Long demam selsema. Namun begitu, Kak Long bersyukur kerana taklah teruk sangat sampai tak boleh pergi kerja. Cuma kerja taklah serancak biasa kerana rasa tak begitu selesa.
Semalam Kak Long pergi melawat seorang kawan yang sakit di Hospital TTJ.


Kasihan Kak Long lihat badannya nampak begitu susut. Tapi wajahnya masih ceria menyambut kehadiran kami yang melawatnya. Doktor sahkan buah pinggangnya telah rosak. Kata kawan Kak Long, Dr dah masukkan 80 bag air dua hari lepas. Masa Kak Long datang tu, dia sudah beransur pulih. Kawan Kak Long ni seorang yang gigih. Kagum Kak Long dengan semangatnya. Walaupun sakit, dia masih tidak mahu mengalah dengan penyakitnya itu. Dia amat yakin dia masih ada peluang untuk pulih. Semoga Allah terus melindunginya.


Comments