Hati terkenang mulut menyebut
Posted By Mawar Merah on May 29, 2009
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Kami mengadakan jamuan tergempar sempena beberapa perkara.
- Perpisahan – kerana salah seorang rakan sejawat akan bertukar mulai bulan Jun. Rasa gembira kerana hajatnya untuk tinggal berdekatan dengan suami akan tercapai. Namun sedih juga kerana setelah sekian lama bersama, pasti saja pemergiannya membuatkan kami kehilangan seorang teman yang amat dedikasi terhadap tugasnya. Apapun, kami doakan dia akan bahagia. Dia telah setahun mendirikan rumahtangga dan kini sedang menantikan kehadiran orang baru untuk menyeri rumahtangganya. Pasti sahaja, kelulusan pertukaran ini amat diperlukannya.
- Lambaian Kaabah – Salah seorangĀ rakan aka jiran meja Kak Long akan menunaikan umrah bersama keluarganya. Jadi, buatlah doa selamat sekali. Semoga selamat pergi dan balik. Pesan jangan tak pesan….lambai-lambai kita orang banyak-banyak supaya dapat jadi tetamu-Nya lagi.
- Cuti – yeaaaaaa…..mulai esok, cuti semester 1. Dua minggu. Dan 3 hari, kena pergi kursus. Jadi masih ada lebih kurang sebelas hari nak cuti. Banyak rancangan tu…terutama nak siapkan rekod markah pelajar. Dah lama cuti daripada jadi guru tingkatan ni, kenalah belajar balik yang dah terlupa tu!
Bila hati terkenang, mulutpun menyebut………dan tangan pun menulis.



salam kak long…wah cuti dah start..ni yang seronok kalau jadi cikgu cikgi huhu..jeles jeles
selamat bercuti kak long
slmat bercoti akak…
Kak long dah boleh plan cuti…saya ni berbelah bagi
anak masih ada program 30/5 – 6/6
suami kena pergi outstation
nak blk kampung pun berkira2..serba tak kena
hati terkenang.. mulut menyebut.. perut bergendut…
ekekekeke… sedap makan nampak… sedap cuti nampak..
INI TIDAK ADIL!!!! hikkkssss
Kak tie cuma nampak gambor makan je, ekekeke……. tak sabor nak balik kampung dan buat makan2, hi hi….