Hari ini dan semalam

Pelajar saya sudah mula berperang dengan SPM semalam. Walaupun dah tak masuk kelas untuk mengajar, kami sibuk mengadakan karnival  sukan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 pula. Kerja-kerja sekolah mungkin telah berkurangan tetapi sibuk menyiapkan sijil berhenti dan sijil-sijil penghargaan. Tambahan pula minggu pertama cuti akan diadakan mesyuarat. Perlu menyediakan beberapa kerja juga sebelum bermesyuarat.

Beberapa hari lagi cuti sekolah akan bermula. Nasib saya sungguh baik kerana pada saat akhir, saya telah dapat pengganti untuk menjadi pengawas peperiksaan. Jadi, pastinya saya akan berkesempatan menikmati cuti sehingga Hari Raya Aidil Adha.

Pagi tadi kami ada majlis Bersarapan Dengan Tok Ketua. Sebenarnya majlis ini diadakan sempena sambutan Selamat Datang kepada Tok Ketua dan majlis perpisahan kepada 3 orang rakan kami yang telah disahkan akan bertukar sekolah pada tahun hadapan.

Mawar Merah – Maaf sebab tak begitu aktif jalan-jalan ke blog teman-teman. Hari hujan dan ribut petir pada sebelah petang dan malam agak membataskan aktiviti berblog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “Hari ini dan semalam

  1. kak long..
    internet sha dah down terus.
    dah seminggu macam nieh, blogging kat tpt lain tp nak berjalan2 tak dapat pulak.
    mintak maaf ye!

    alhamdulillah…kak long dpt pengganti. baiknya hati org tu:)

  2. karnival sukan yang syok! dulu kat sekolah pantang ada bunyi sukan, pasti join (ha3). bukan apa bersukan kan dapat mencerdaskan otak.

  3. Alhamdulillah…. boleh la kak long cuti-cuti, ya…

    Kat sini pun hujan dan berangin. Namun, setakat ni tak de pulak petir….