Malam Rabu dan Khamis baru-baru ni, Kak Long tertengok slot Samarinda di TV 3 yang bertajuk Pelangi Kasih. Bila tertengok tu, mula nak tahu cerita dari awal hingga kini. Maka, Kak Long pun sibuklah menonton episod pertama hingga yang terkini melalui tonton.
Dalam episod malam Khamis lepas, Kak Long terperasan tentang dialog mengenai gula-gula udang yang diuar-uarkan oleh Zafrul kepada isterinya Azlin. Dalam dialog itu, Azlin dengan nada menyindir, telah mempersoalkan bahawa Zafrullah yang patut memujuk Sofea sebab selama ini Zafrul selalu mengatakan bahawa hanya dengan gula-gula udang sahaja, dia boleh memujuk Sofea.
Rupa-rupanya, gula-gula udang itu merupakan gula-gula yang digemari Sofea dan semenjak kecil, Zafrul memang tidak pernah lupa membelikan Sofea gula-gula udang itu. Bila melihat Nabila Huda makan gula-gula udang dalam Slot Samarinda Pelangi Kasih ni, memang terkenang semasa dulu. Kak Long pun suka betul beli gula-gula udang ni, sebab ada lapisan yang bila dimasukkan ke dalam mulut, akan mencair. Ketagih betul makan gula-gula udang masa sekolah rendah dulu. Gula-gulanya pun sedap dimakan.
Kredit gambar : Sumber
Sekarang ni, Kak Long pun tak perasan yang gula-gula udang ni masih ada di pasaran. Tak pernah beli lagi, dan rasanya, anak-anak pun tak pernah makan gula-gula ni. Mungkin mereka belum pernah terjumpa keistimewaan gula-gula ini.
Berbalik kepada Slot Samarinda : Pelangi Kasih, pada pendapat Kak Long, menarik juga cerita tentang 3 sahabat semenjak kecil ini. Namun, Kak Long berpendapat yang jalan ceritanya agak ringkas dan mudah diteka. Tapi tak tahulah pulak, kalau ada turning point di mana-mana. Tunggu ajelah nanti.
dah lama betul tak makan gula-gula ni..hehe
titan recently posted..Komisen ke 14 dari Innity
Jom pakat cari.
Mawar Merah recently posted..Gula-gula udang dalam Slot Samarinda Pelangi Kasih
Gula-gula “Made in China” ni!
anif recently posted..Sengaja Mencari Isu
Memang banyak gula-gula yang dipasarkan di negara kita ni ‘Made in China’ kan!
kakngah pun suka gula2 udang ni jam kekecik gulu…
kakngah recently posted..Gambar Majlis Pernikahan Ana Raffali dan Naim
Masa kecik-kecik dulu, memang suka. Tapi sejak dah besar ni, kurang makan gula-gula. Tu yang dah tak jumpa lagi gula ni.
tau tak long peberet aku nih.. d best2 in pasar.. har3..
tapi aku dah lama tak makan.. lupa nak cek bahan2nya..
risau juga sbb ada sekeping kertas jelly disertakan. takut
itu jer..
nurmisnan recently posted..Cara merawat Amnesia dirumah
Ha..tu lah pasal. Kak Long pun tak berani nak cuba lagi. Masa kecil dulu, bantai je mana gula-gula dan coklat yang sedap. Dulu, payah nak jumpa pendedahan tentang bahan-bahan yang ada di pasaran ni.
wah….lme da xmkn gula-gula nie….lau ingt dulu ske sgt2….
the sun daily recently posted..Reflection Writing 1 | Example Reflection Essasy For PPISMP Student
Memang ramai yang suka gula-gula ni masa kecil-kecil. Budak-budak sekarang suka jugak kot, mungkin sebab dah banyak pilihan, tak berapa perasan.
Best ke gula2 udang tu? Cam pelik je
zool recently posted..Rumah Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Yeoh Tiong Lay
Dulu, gula-gula ni lah yang best. Ada lapisan nipis yang balut gula-gula ni pun telan sekali. Boleh cair, tu buat khayal je makan gula-gula ni. Isi dia pun manis dan macam ada kacang tumbuk dalamnya.
Dulu selalu makan masa kecik,rasa manis dan ada kacang . Favourite ne
Ingrown Toenail recently posted..What Actually Causes Ingrown Toenail?
Sama lah kita…
Sekarang ni makan lagi tak?
masih mkn lg…. tp tk jumpe dah yg lama punyer….
rasanyer tk byk berubah…. stil manis dan berkacang…
tapi packing jer dah lain…. dah guna plastik ber seal……..
dan tk ade dah lapisan nipis yg best tu….