Gigit menggigit atasi ketagihan rokok

Posted By Mawar Merah on February 26, 2010

Semasa mengajar dalam minggu ini,  Kak Long pun berbual-buallah juga  tentang peraturan sekolah,  Kak Long ada juga menyentuh tentang gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah. Memang kesalahan merokok merupakan satu kesalahan serius di sekolah dan di tempat awam, walaupun hakikatnya tiada tindakan yang tegas diambil pada orang yang menghisap rokok di tempat awam.
Kalau makan di restoran berhawa dingin pun, ada juga manusia yang buat muka seposen menghisap rokok walaupun ada tanda larangan menghisap rokok di situ. Kak Long tak fikir orang yang begitu buta huruf atau rabun tak nampak papan tanda itu, tapi sengaja membutakan hati daripada menjaga keselesaan orang lain.

Ada gurauan menyatakan, rokok yang dah bengkok memang perokok tak minat.

Kredit imej: Google.com

Nak buat macam mana? Walaupun harga rokok naik sekalipun,  di negara kita masih ramai orang yang mampu membeli rokok.  Cuma harapan Kak Long,  janganlah merokok di tempat awam. Kasihanilah pada orang di sekeliling yang tidak merokok tu yang terpaksa berkongsi bahaya akibat rokok.

Aduhai, nampak, cikgu dah berleter macam mak nenek yang nampak cucu-cicit mandi sungai. Huhuhu…

Ok lah sambung balik pokok perkara.

Sambil mengajar tu, sempat juga Kak Long cungkil rahsia, siapa yang merokok atau pernah merokok. Semasa berbincang, ada banyaklah petua yang diberikan untuk berhenti merok, antaranya, bila teringin merokok, menghisap gula-gula, banyak minum air dan ada juga mengatakan bawa tidur.

Dan satu perkara yang Kak Long fikir amat menarik ialah bila ada seorang pelajar lelaki yang memberitahu bahawa dia dapat berhenti merokok sepenuhnya sekarang dengan cara mengatasi ketagihannya dengan menggigit straw setiap kali berasa ingin merokok. Kak Long tanya, berkesan ke cara tu? Pelajar itu mengatakan bahawa faktor teman-teman juga merupakan satu daripadanya. Bila teman-teman tidak merokok maka tiada siapalah yang akan membekalkan rokok. Manakala, untuk mengatasi ketagihan itu, dia akan menggigit straw sehinggalah keinginan terhadap rokok berakhir.

Pagi tadi, ketika membaca akhbar Berita Harian, ada menyiarkan artikel bahawa tahap kecerdikan perokok rendah. Laporan menyebut, kajian yang dibuat oleh Dr. Mark Weiser dan rakannya dari Pusat Perubatan Sheba melaporkan bahawa kajian yang dilakukan di Tel Hashmer mendapati bahawa perokok secara konsisten mempunyai tahap IQ yang lebih rendah daripada mereka yang tidak merokok. Kajian itu juga menunjukkan bahawa IQ semakin jatuh apabila jumlah rokok yang dihisap meningkat.

Justeru, selain mendatangkan masalah kesihatan terhadap diri dan orang di sekeliling, tahap IQ juga menurun bagi perokok. Maka, tepuk dada, tanyalah selera.

Mawar Merah – Kepada mereka yang sedang atau pernah menjadi perokok,  mahupun yang pernah mendekati perokok, sudi kiranya berkongsi pengalaman atau cara untuk cuba berhenti merokok?

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

11 Responses to “Gigit menggigit atasi ketagihan rokok”

  1. satu lagi cara nk berhenti merokok, gantikan rokok dgn donat….. nyum nyum nyum…. sedapnyaaaaaaaaa…

    .
    .

    errr… tak!! sy tak pernah merokok… tp sy rasa la, donat lg kenyang drpd rokok… kan kan kan… bila nak belanja donat??

    hikksssss

  2. sori… lama tak jejak ke sini…
    url kak long dah lesap ms blog buat hal… tak smpt nak cari balik… mujur kak long ada tinggal komen… bersambunglah semula ikatan….

    ;D

    donat jgn lupa :D

    tak habis2 dgn donat… hikhikhik

  3. Mawar Merah says:

    donat memang lg kenyang drpd rokok…
    Jom kita nyum, nyum, nyum…

    err….bukan ke ari tu dah belanja. Kali ni KTS belanja Kak Long pulak.

  4. Tie says:

    Entahlah ya, bergantung kepada diri seseorang sebenarnya. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, hehehe….

  5. kak ina kl says:

    salam..tulah pasal..nak cakap camna..susah nak suruh mereka ni berhenti merokok …termasuklah suami akak…ada ajer dalih dia..gerammm

  6. pokok pangkalnya hati si perokok sendiri tu..klu dia mmg betul2 nak berhenti merokok, insyaallah blh berhenti..org lain dh tak blh tlg..tghlah apa yg terjadi dgn kempen “Tak Nak Merokok”???

    sya pernah hisap rokok masa darjah 6 atas pengaruh kawan2 dikg..nasib baik cuma setahun sahaja & lps tu berhenti smpi skrg..

    • Mawar Merah says:

      Memang ramai yang merokok ni bermula dengan ikut-ikutan, tapi lepas tu ketagihan.
      Tahniahlah kepada En. Nazri aka Ayah Aiman yang berjaya berhenti merokok sampai sekarang.

  7. Yunus Badawi says:

    Malangnya di negara kita kebanyakan yg merokok adalah org Melayu. Rasanya lebih 75% sedangkan nisbah org Melayu dgn bangsa lain tak sampai banyak tu.

    Walaupun dah difatwakan oleh Majlis Fatwa kebangsaan merokok haram tapi ramai yg tak endahkan termasuk tok imam, bilal dan siak huhuhu

  8. Mawar Merah says:

    Betullah tu YB. Kebanyakan yang merokok di sekolah pu memang pelajar Melayu dan yang sedihnya bila dah merokok tak boleh tumpu perhatian kepada pelajaran dan sibuk nak keluar kelas.