Orang sedang menjalani ibadah puasa, Kak Long nak cerita pasal geselan pulak. Maaflah, Kak Long nak cerita pasal hal yang terjadi pada Kak Long dan memang tak pernah diharapkan oleh sesiapapun ini.
Sebenarnya, beberapa hari lalu, semasa nak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan, Kak Long parking kereta di sebelah seorang rakan sekerja. Kami sempat berbual sebentar sebelum Kak Long masuk ke dalam pejabat. Semasa keluar dari pejabat, dan kembali ke kereta, dia telah memberitahu bahawa dia telah terlanggar kereta Kak Long.
Walaupun taklah teruk sangat, tapi sedih jugak bila tengok bahagian yang dilanggar itu. Rakan sekerja Kak Long kata, dia pun tak perasan, macam-mana dia boleh pusingkan stereng hingga bumper keretanya itu menggesel kereta Kak Long ini. Sedih tu sedih juga. Tapi nak buat macam-mana kan, dah nak kena.
Petang semalam pula, ketika sedang berhenti di lampu isyarat, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang tiba-tiba menyelit antara kereta Kak Long dengan sebuah kereta lain. Pada waktu itu, terdengar bunyi yang agak kuat juga. Berderau darah ke muka. Kak Long bagi isyarat suruh berhenti selepas lampu isyarat itu dan Kak Long pasti yang memang penunggang motosikal yang bernombor pendaftaran NBM 8990 itu faham isyarat itu. Selepas lampu isyarat, Kak Long beri isyarat untuk berhenti dan berhenti di tepi jalan, tetapi pemandu motorsikal itu terus memecut. Nasib baik tak teruk, tapi ada lah segaris kesan yang di dinding sebelah pintu Kak Long tu. Geram betul… Dahlah gesel orang, lepas tu langsung tak bertanggungjawab.
Mawar Merah – Mulai semalam, Peperiksaan Percubaan SPM bermula. Lepas ni akan sibuk menanda skrip jawapan.

Ooo…. ingat cerita kisah bergesel dengan orang tika berkunjung di bazaar ramadhan, tadi, hihihi…. Sabor aje laa…
Salam Tie,
Semenjak 1 Ramadan hari tu, baru sekali berkunjung ke bazaar ramadan, jadi tak ada chance le nak bergesel-geselan…hehehe
Dugaan bulan ramadan kan…
aduyai….sape la yang bergesel dengan kereta kesayangan tu???memang perit lagi2 bukan kita yang buat….sabar je la ek…=)
Hafiz,
kalau kita yang buat pun perit gak, tapi kalau orang lain yang buat, sedangkan kita dah cuba berhati-hati, memang dua kali ganda perit…tapi memang kena sabor je lah…
selamat berpuasa, semoga amal ibadahnya diterima di Bulan Ramadhan ini