Ayahanda dan bonda pulang dari tanah suci. Kak Long dan adinda pergi jemput mereka di airport.
Ayahandaku pulang dari Mekah,
Ayahandaku bawakan air zam-zam,
Kurma dan kacang cerdik juga ada….
Ayahanda juga bawa pulang Rani.
Oh, siapa Rani tu? Rani ni special request daripada anak dia ni le. Kalau nak tahu, Rani ni bukanlah permaisuri atau gadis manis daripada tanah Arab tu. Tapi sebenarnya sejenis jus mangga pekat yang lazat (lazat oleh tekak Kak Long lah) dan menjadi minuman kegemaran semasa Kak Long di sana, zaman dolu-dolu. Rasa mangga yang pekat tu yang buat Kak Long teringat-ingat sampai sekarang. Rasanya ada ala-ala jus mangga kat Restoran Insaf kat Jalan TAR tu. Sebenarnya, saja je main-main kata kat ayah pasal si Rani tu, tapi tak sangka pulak ayah carikan juga walaupun katanya, dah hari akhir baru dia terjumpa si Rani ni. Terima kasih ayah. Sayanggggg…. ayah! Anak dia ni memang tak sedar diri. Asyik nak nyusahkan mak ayah dia je…maafkan anakanda, wahai ayahanda!
Kita minum dulu…..!








Wah…bestnya ada buah tangan dari tanah suci.
Tapi, kak tie tak nampak rani tu….Image kat bawah tu tak keluar pon…
teringinnya nak rasa…..
Hi, cool post. I have been wondering about this topic,so thanks for blogging. I will definitely be coming back to your site. Keep up great writing
untuk mendapatkan jus mangga dari saudi sila la layari blogspot kami di tajertrader.blogspot .com