Di persimpangan Dilema eh?

Mutiara kata ini Kak Long baca suatu ketika dahulu.

Masa depan yang cerah
berdasarkan masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya. Cukup rendah hatikah kita untuk mengakui kesilapan kita? Cukup bijakkah kita untuk mengambil manfaat daripada setiap kegagalan yang di alami dan cukup beranikah kita membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan? Kadang-kala, jawapannya saling bercanggah antara kehendak hati dan rasional fikiran.

Sebagai manusia, apabila kita berada pada satu persimpangan, satu keputusan harus diambil untuk menghadapi masa depan. Kita perlu berani membuat sesuatu keputusan. Biarpun agak sukar, namun ia perlu dilakukan bila sampai masanya.


 

Kita sering berhadapan dengan perbagai persoalan dalam kehidupan. Kita perlu berani untuk terus melangkah……..

Anda pernah atau sedang berada di persimpangan dilema?

Mawar Merah : Kita bukan disarankan melupakan sejarah begitu sahaja kerana sejarah mengajar kita erti dewasa. Namun jangan sesekali menjadikan kepahitan masa lalu sebagai halangan untuk terus melangkah ke hadapan.

Andainya ini Ramadan Terakhir

Salam Jumaat buat semua.

Tulisan ini bukan nukilan saya sendiri tetapi karya indah yang sampai ke peti email saya hari ini kata-katanya begitu menyentuh hati. Saya pernah bacanya dulu tetapi marilah kita baca sekali lagi.

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu … kami lah hamba yang mengharap belas darimu “ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia” Amin…..

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Kredit : fb Suhana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...