Keputusan PMR telahpun diumumkan. TAHNIAH kepada yang BERJAYA dan pada yang GAGAL, jangan putus asa.
GAGAL PMR bukan bererti GAGAL selamanya, tapi kalau BERJAYA dalam PMR tetntu jadi penyuntik semangat untuk terus berjaya.
Cikgu-cikgu pun pastinya kena kerja keras untuk membantu meneruskan kejayaan mereka yang telah berjaya ini manakala untuk mereka yang GAGAL PMR pula, usaha yang lebih gigih diperlukan kerana guru-guru juga turut bertanggungjawab sebab banyak kes yang berlaku, lepas GAGAL PMR, mereka tak BERANI untuk bangkit semula dan berjaya. Tambahan pula sekarang ni, gagal PMR pun boleh teruskan pelajaran ke Tingkatan 4. Itu yang sedihnya sebab dari awal lagi mereka yang GAGAL ini telah menunjukkan ketidakprihatinan dalam pelajaran. Saya bercerita tentang mereka yang GAGAL menguasai kemahiran asas sehingga memperoleh semua E dalam mata pelajaran yang diduduki dalam PMR, bukan pada mereka yang KURANG BERJAYA atau KURANG CEMERLANG.
Dalam dunia maju dan lebih mementingkan akademik, kebanyakan ibu bapa atau masyarakat sekarang, menyenaraikan ‘tiada A’ itu sebagai GAGAL, namun sebenarnya mereka ini KURANG CEMERLANG dan masih berpeluang membaiki ketidakcemerlangan tersebut pada masa akan datang.
Dalam mesyuarat baru-baru ini, Tok Ketua Kak Long memberitahu bahawa, dia berharap ibu bapa jangan terlalu memberi tekanan kepada anak-anak untuk mendapat kejayaan hanya dalam bidang akademik. Sebenarnya setiap individu punya keistimewaan yang berbeza dalam diri masing-masing. Jadi sebagai guru atau ibu bapa, patut membantu dan bangga dengan setiap potensi yang ada dalam diri pelajar ini. Pada masa sekarang, bukan hanya mereka yang berjaya dalam bidang akademik sahaja yang berjaya dalam hidup. Jadi, kepada pelajar yang GAGAL, diharapkan mereka ini dibantu oleh para ibu bapa untuk mengenal potensi dan minat mereka sendiri kerana sistem pendidikan kita sekarang pun telah ada bidang-bidang kemahiran tertentu buat mereka yang kurang menyerlah dalam bidang akademik.

Mawar Merah - Sekuntum mawar merah buat Aqilah, Angah anak jiran sebelah serta tak lupa buat angah, anak Puan Kujie yang berjaya CEMERLANG dalam PMR mereka masing-masing. Semoga kejayaan ini akan terus menjadi pendorong untuk kejayaan seterusnya.