Sebelum BERSIH dan Selepas BERSIH

Jumaat (8 Julai 2011)

Saat-saat membersihkan wang.

Sabtu (9 Julai 2011)

Perhimpunan yang bersih untuk kecergasan dan kecerdasan.

Walaupun di luar hujan lebat, guru dan pelajar perempuan tetap bersih sedangkan guru dan pelajar lelaki bermain bola sepak dalam selut.

Ahad (10 Julai 2011)

Mendengar penerangan dan mempelajari teknik yang betul menjaga wajah agar sentiasa bersih.

Satu hari Satu

Cuti sekolah dah hampir seminggu. Sebelum cuti, bukan main lagi azam nak mengemaskini blog setiap hari. Rupa-rupanya, bila cuti mood pun ikut cuti. Dah makcik ni sibuk ke dapur mencuba pelbagai resepi daripada buku resepi yang dibeli bulan lepas. Sama aje sebenarnya dengan cara kita memasak seharian, cuma saja nak mevariasikan masakan tersebut supaya nampak glamour sikit, hehehe…

Hari ini baru mahu bertolak ke arah utara untuk menghabiskan cuti-cuti Malaysia. Sebelum tu, tatap ajelah gambar jurugambar yang masih terkial-kial cari apa yang nak diputar dll. Tengok orang ambil gambar cantik-cantik belaka, rasa teruja pula nak menuntutlah juga tapi ntah bila agaknya sebab asyik putar senduk dan sudip.

 

Yang hangat

Cuaca hari ini agak hangat. Tambah pula kehangatan bila ada kehadiran tetamu tak diundang tapi tetap disambut dengan fail-fail dan rekod-rekod yang hendak disemak.

Jumaat ini nampaknya di Britain ada acara hangat iaitu berlangsungnya perkahwinan Diraja antara Putera William dan Kate Middleton. Sepanjang bulan ini, banyak juga gambar-gambar berkaitan putera puteri diraja Britain yang disiarkan.  Kate Middleton memang jelita dan pastinya akan popular sebagaimana ibu mertuanya, Lady Diana tu.

Hari ini balik lewat sedikit bersedia untuk acara esok dan juga persiapan mesyuarat dua hari lagi. Petang ini masak bubur kacang dan pisang goreng. Memang sedap dimakan hangat sambil minum air milo hangat. Lepas ni mandi air hangat!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...