Hari ni entri santai hujung minggu. Cerita Semporna ditangguhkan sebentar
Hujung minggu waktu untuk berehat? Berehat dari tugas rutin tapi masih banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Pagi Sabtu, awal-awal lagi ke sekolah untuk memenuhi jadual kelas tambahan. Diuji dengan sedikit kesakitan, masih mampu bertahan demi mengenangkan sudah diamanahkan untuk tugasan ini. Kak Long sampai beberapa minit sebelum masanya, itupun agak cemas sebab bimbang terlewat, Namun bila sampai, hanya 2 orang pelajar yang tiba dan kemudian teman-teman guru menyusul. Tepat pukul 8.30 pagi, hanya 6 orang sahaja yang sampai. Bila ditanya, mereka memberitahu rakan-rakan yang lain ada aktiviti sukarelawan, latihan sukan dan ada yang masih belum bangun. Mendidih juga hati mendengarnya, maka diteruskan juga walaupun bilangan pelajar kurang dari 10 orang. Kelas tambahan percuma memang selalu mendapat layanan sedemikian, kan!
Selepas pulang dari sekolah, pulang ke kampung untuk menjenguk rumah ayahanda yang telah seminggu berada di luar negara. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Mengambil sedikit masa membersihkan luar dan dalam rumah, Sempat berangan sambil melihat bunga-bunga rambutan yang rancak menunjukkan wajah.

Pohon durian tak nampak tanda putik atau bunga pun. Biasanya serentak dengan pohon rambutan. Kemudian, pergi pula ke rumah pekerja yang diamanahkan ayahanda untuk menguruskan beberapa tugasan untuk diselesaikan selama dua minggu ini.
Pada sebelah petang, sempat membawa hero-hero kecil termasuk anak-anak adik saya yang mama dan papanya sedang berada di tanah suci. Kesihan budak-budak tu tunggu mak longnya dari tengah hari sampai tak nak makan nasi sebab mak long nak belanja makan.Sampai Jusco, sorang nak makan Pizza, sorang nak makan Kenny Rogers, sorang nak makan KFC. Kak Long kata kalau nak bawa balik bolehlah pilih masing-masing punya kehendak, tapi kalau nak makan masa tu, kena pilih satu sahaja, Akhirnya semua bersetuju nak masuk ke

Gambar dari Pizza Hut
Selesai makan, singgah kedai buku. Nak pergi Pesta Buku, mereka masing-masing dah ada perancangan nak ikut rombongan sekolah pada hari Rabu ni kalau tak silap. Jadi kami pergi ke Kedai Buku Popular sajalah. Masih sempat juga masing-masing beli sebuah dua,
Hari ini ada ceramah teknik menjawab soalan SPM. Terpaksa juga telan ubat tahan sakit walaupun cuba nak elakkan.
Petang semalam ayahanda dah telefon. Mereka sedang berada di Madinah. Semoga urusan dapat disempurnakan sebaik-baiknya.