Ada terbaca di facebook dan blog antaranya di blog Lizarazak.com tentang Kontroversi Ucapan Merry Christmas. Dalam menjalani kehidupan di negara yang berbilang kaum dan mempunyai jiran tetangga dan teman sekerja yang berlainan kaum, pastinya Kak Long juga ikut mahu mengetahui dengan jelas kedudukan perbuatan dan ucapan kita itu.
Category Archives: Isu Semasa
Pencapaian Terbaik Keputusan PMR 2011
Keputusan PMR 2011 telah diumumkan semalam. Mendengar berita dan membaca akhbar hari ini, betapa kagumnya dengan keputusan peningkatan para pelajar yang disifatkan Pencapaian Terbaik dalam masa 4 tahun. Ramai sungguh, iaitu 34,271 calon PMR 2011 yang mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Di Negeri Sembilan sahaja, seramai 1,707 calon yang berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Memang ada peningkatan. Sekolah Kak Long tidak mempunyai calon yang mengambil peperiksaan PMR ini, jadi, tak dapatlah nak kongsi detik-detik suka duka mengambil peperiksaan PMR ini.
Tahniah diucapkan kepada yang calon PMR 2011 yang telah berjaya mendapat keputusan PMR masing-masing. Sama ada cemerlang atau tidak, detik itu bukan penghujung perjalanan kerana masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi. Semoga keputusan yang diperoleh semalam menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha menempuh masa depan yang masih panjang.

Tahniah juga kepada semua ibu bapa yang pastinya telah memainkan peranan amat penting dalam membantu anak-anak mendapatkan kejayaan ini.Anda semua memang hebat!
Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bil 13/2011
Di facebook dan blog, sedang sibuk membicarakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011. Kak Long pun jeling-jeling juga sebab dah ada kena mengena dengan diri.
Kak Long kongsikan link Pekeliling SBPA tersebut di bawah:
Pekeliling SBPA (Pendidikan) Bil 13 Tahun 2011.
Kepada warga pendidik, jomlah kita intai-intai, apa yang menanti.
Untuk kakitangan awam yang lain, cuba baca pula Pekeliling SBPA Bil. 11 Tahun 2011.
Pilihanraya Mesir dan masalah keluar mengundi
Apa masalahnya ketika rakyat Mesir Keluar Mengundi?
Biarpun rakyat Mesir begitu bersemangat untuk keluar mengundi buat kali pertama sejak Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhkan, namun mereka terpaksa berdepan dengan beberapa masalah.
Ketika beribu-ribu orang pengundi beratur di luar pusat pengundian, hujan yang turun di ibu negara Mesir menyebabkan ramai yang terpaksa mengundi dengan kasut yang dipenuhi lumpur. Selain itu, ramai yang merungut kerana banyak pusat mengundi dibuka lewat antaranya berpunca daripada masalah pentadbiran dan kekurangan kertas undian.
Semoga proses mengundi di Mesir akan berjalan lancar dan dapat memenuhi keinginan hati rakyat yang sebelum ini telah berjaya menumbangkan Presiden mereka Hosni Mubarak pada bulan Februari yang lalu.
Mereka telah berusaha menunaikan hak mereka ketika diberi peluang. Semoga apabila giliran kita pula, semuanya akan berjalan lancar.
SPM bermula : Selamat Berjuang
Peperiksaan SPM telah bermula…

Wahai pelajar-pelajarku,
Telah kubekalkan kamu
dengan bekalan yang ampuh
agar mampu mengharung liku perjuangan
mencapai kecemerlangan.
Wahai pelajar-pelajarku,
Telah kuiringi kamu
dengan doa dan kasih sayangku
agar tenang dan tabah hatimu
mencatat kegemilangan
menjunjung kebijaksanaan.
Siapa peteh, siapa hoben?
Gallery
Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam pasti penuh dengan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak yang telah melayakkan diri iaitu Terengganu dan Negeri Sembilan. Pastinya kedua-dua pasukan meletakkan harapan yang tinggi untuk menjulang Piala Malaysia … Continue reading

