Hanya untuk wanita : Pembunuh Wanita Berkeliaran

Sekadar berkongsi.  Terima kasih Dilla..berkongsi maklumat ini.

P/s   Hari hujan, sejuk dan lapar. Malas nak keluar. Tapi semua pengundi di kawasan pilihan raya DUN Tenang, jangan malas nak keluar pulak. Rugi kalau tak gunakan hak kita sepenuhnya.

Tak jadi masalah kalau nak keluar jika dah menyediakan payung. Kepada wanita-wanita, payung perlu dalam kehidupan kita, sama ada musim panas atau musim hujan.  Kanser serviks bertindak tanpa disedari dan hanya menunjukkan simptom pada peringkat serius.  Beberapa hari lepas, Kujie pun ada tulis tentang suntikan HPV yang kini diberikan secara percuma kepada gadis berusia 13 tahun. Kanser serviks ini secara umumnya akan menyerang wanita berkahwin yang berusia 40 tahun ke atas, tetapi remaja aktif seks turut berisiko tinggi mengalami penyakit sama. Malangnya, ramai golongan muda tidak menganggap kanser serviks sebagai masalah mereka kerana penyakit ini mengambil masa lebih kurang 20 tahun sebelum menunjukkan kesan serius.  Jadi,  buatlah pemeriksaan berkala. Insya Allah, jika tanda-tanda penyakit dapat dikesan awal, masih mampu diubati.

Rujukan sumber :  Info Kesihatan : Sihat Selalu

Masuk kandang lembu, mooo…

Dalam subjek Bahasa Melayu Kertas 2, ada soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa tentang peribahasa.

Biarpun pelajar telah mula diperkenalkan tentang peribahasa ini bermula daripada sekolah rendah, malangnya, kebanyakan pelajar masih kurang pasti tentang peribahasa yang patut digunakan.

Pada suatu hari ketika sedang menerangkan tentang sesuatu, maka Kak Long cuba meminta pelajar menyambung peribahasa yang pada pendapat Kak Long memang kerap digunakan ini.

“Masuk kandang ………………..”

Malangnya rata-rata jawapan yang diterima ialah:-

“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengaum.”

000a052sLPd(Aduhai, siapalah yang nak masuk kandang harimau tu ya?)

Sebenarnya, ada seseorang pemeriksa kertas Bahasa Melayu pernah menceritakan bahawa semasa soalan ini keluar dalam peperiksaan SPM, ramai calon yang menjawab….

“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang lembu mengembu.”

dan yang paling tak masuk akal…

“Masuk kandang lembu, mooo, masuk kandang kambing, mbekk…..”


Mawar Merah – Aduhai, bahasaku……. Aduhai, diriku  sebagai guru!

Yee Sang

Hari ini hari ke-7 Tahun Baru Cina. Biasanya pada hari ke-7 selepas Tahun Baru Yee Sang, rakan saya yang menyambut Tahun Baru Cina akan mengadakan satu upacara di Bilik Staff. Pada tahun ini, disebabkan kesibukan yang melampau, maka aktiviti tersebut ditangguhkan.

Yee Sang yang telah siap untuk dimakan.

Melambung yee sang merupakan satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Yusheng, yee sang atau yuu sahng merupakan sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Ramuan-ramuan yang biasa digunakan termasuklah ikan salmon segar, lobak putih, lobak merah, halia, parsli Cina, potongan kacang tanah atau kacang tumbuk, biji bijan bakar, udang kering goreng, salad dan potongan atau hirisan mangga. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum dan kadang-kala dicampur jus lemon.

Walaupun ramuan Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur pelbagai salad atau sayur-sayuran yang dicurahkan sos plum dan digaul bersama-sama, namun jika dilakukan di sekolah kami, biasanya tiada potongan ikan kerana ada antara rakan-rakan yang merupakan ‘vegetarian”.

Menurut penerangan kawan saya, Yee Sang dilakukan oleh kaum cina  terutama orang yang terlibat dalam perniagaan sebagai satu cara memotivasi diri atau mebina keyakinan diri untuk mengharapkan  melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

kredit sumber: -  http://wikipedia.org dan penerangan daripada Miss Kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...