French Pastry

Hujung minggu lepas (bukan yang kelmarin), Kak Long menghadiri kursus French Pastry di IKBN Peretak. Sebelum ini, menyinggah aje di MD membeli Pai apple, di bakery untuk membeli chese tart dan menempah daripada Jid untuk makan cream puff, maka sekarang dah boleh buat sendiri.

Kursus 2 hari ini sebenarnya untuk Belia 1 Malaysia, tapi ramai makcik-makcik tumpang menyelit.  Habis tu, para remaja sibuk dengan pelajaran dan  muda-mudi sibuk dengan kerja masing-masing, tak ada masa nak main masak-masak, biar kita orang ajelah tumpang semangkuk. Lagipun menuntut ilmu kan dituntut, tak kiralah berapa usia anda.

Hasil pembelajaran kami :-

Continue reading

Chiengmai

Malam semalam kami berkumpul di De Chiengmai.

Bunyi macam nak ke Thailand, rupanya dekat je.

Dah lama tak berkumpul adik-beradik. Mulanya saya cadangkan di sekitar Putrajaya supaya ayah senang datang. Namun, undian lebih memihak ke sini juga apabila ayahanda juga bersetuju.

Continue reading

Yang hangat

Cuaca hari ini agak hangat. Tambah pula kehangatan bila ada kehadiran tetamu tak diundang tapi tetap disambut dengan fail-fail dan rekod-rekod yang hendak disemak.

Jumaat ini nampaknya di Britain ada acara hangat iaitu berlangsungnya perkahwinan Diraja antara Putera William dan Kate Middleton. Sepanjang bulan ini, banyak juga gambar-gambar berkaitan putera puteri diraja Britain yang disiarkan.  Kate Middleton memang jelita dan pastinya akan popular sebagaimana ibu mertuanya, Lady Diana tu.

Hari ini balik lewat sedikit bersedia untuk acara esok dan juga persiapan mesyuarat dua hari lagi. Petang ini masak bubur kacang dan pisang goreng. Memang sedap dimakan hangat sambil minum air milo hangat. Lepas ni mandi air hangat!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...